Monday, 7 November 2016

Kami Banyak Keluarkan Duit Untuk Penampilan Diri – Nora Danish Minta Artis Diberi Pelepasan Cukai



Minggu lalu hasrat Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta untuk menyambut ulangtahun kelahiran anaknya di luar negara tidak kesampaian kerana ada tunggakan cukai yang belum dijelaskan.

Menerusi laporan Utusan baru-baru ini, pelakon Nora Danish berkongsi pendapat mencadangkan agar penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai bagi menampung kos penampilan diri


Banyak keluar duit untuk penampilan diri



Isteri Sampai Terpaksa Buang Rahim Lahirkan Anak, Tetapi Suami Pula Ada Betina Lain



Menggigil kami baca luahan ini, tak dapat dibayangkan perasaan wanita ini apabila kehilangan rahim. Ditambah pula kesakitan yang dialami ketika bersalin, suami tiada di sisi untuk temankan. Menanggung sakit sendirian berhari-hari, akhirnya cser.

Disaat sakit, penat emosi, menderita, di mana suami yang sepatutnya ada di sisi? Suami yang sepatutnya jadi pelindung, dan menyayangi isteri? Beliau anak yatim piatu, tiada ahli keluarga yang bagi sokongan. Memang sedih kisah ini. Tergamaknya si suami :(

Suami ada perempuan lain, menanggung sakit sendirian

Saya kongsikan kisah seorang isteri malang. Beliau bercerita kepada saya sebab takde tempat lain nak mengadu. Anak yatim piatu, dari kecik duduk dengan atok. Waktu mengandung, suami ada perempuan lain. Waktu bersalin, suami takde di sisi untuk temankan. Menanggung sakit sendirian berhari-hari, akhirnya cser. Anak lahir, takde yang nak azankan. Terpaksa

tebalkan muka minta ehsan doktor untuk azankan & iqamatkan bayi suci yang baru lahir tu. Dah bersalin, uri lekat pulak. Masuk semula bilik bedah untuk buang rahim. Sekali lagi, tanpa kehadiran suami di sisi. Semalaman bertarung nyawa dalam bilik bedah. Uri lambat dapat, mungkin sebab takde siapa yang nak tolong uruskan. Tu pun, nasib baik ada yang baik hati nak tolong tanamkan.

Bayangkan kesakitan seorang ibu yang melahirkan melalui pembedahan, ditambah lagi rahim kena buang. Sendirian. Anak kuning. Sakit fizikal. Badan lemah. Mental apatah lagi, sampai terniat dihati nak bagi bayi yang baru dlahirkan kat orang lain. Sebab apa? Dah mula terfikir mampu ke nak tanggung bebanan membesarkan 2 orang anak sendirian. Beliau ni kereta pun takde, ke hulu ke hilir naik motor. Boleh bayangkan tak betapa susahnya hidup beliau? Betapa hancurnya emosi beliau di saat ini? Boleh bayangkan tak betapa robeknya hati seorang wanita yang dah tak punyai rahim? Saya tak boleh nak bayangkan betapa sengsaranya beliau sekarang.

Saya menangis teresak mendengar luahan ini..
Disaat sakit, penat emosi, menderita, di mana suami yang sepatutnya ada di sisi? Suami yang sepatutnya jadi pelindung, dan menyayangi isteri? Beliau anak yatim piatu, takde ahli keluarga untuk bagi sokongan. Beliau ambil gambar baby, share dengan saya. Sebab apa? Sebab takde sesiapa beliau nak share gambar. Saya je yang ada. Boleh bayangkan tak? Saya menangis tereas-esak sambil menaip. Dalam banyak-banyak kisah yang dikongsikan dengan saya, kisah beliau ni betul-betul terkesan dihati.

Kepada suami beliau, satu ayat je saya nak cakap. CELAKALAH KAMU WAHAI LELAKI TAK GUNA! Saya susah nak maki hamun orang, tapi lelaki ini selayaknya untuk dimaki.

Kepada sahabatku yang sedang diuji. Bertabahlah.Kuatkan semangat. Bangun, walau susah macam mana sekali pun. Kalau bukan untuk diri sendiri, bangun demi anak-anak yang sangat memerlukan seorang ibu.

Beliau bertanya tentang Set Berpantang Shaklee. Saya merancang nak hadiahkan kepada beliau. Kalau ada yang sudi nak menyumbang duit, boleh pm saya dengan header TABUNG SET BERPANTANG supaya saya boleh terus buka mesej anda. Terlalu banyak mesej yang masuk, saya tak mampu nak baca semua. Atau pun boleh wasap saya di 012-9025232. Gunakan header yang sama, jangan lupa. Minta maaf awal-awal saya takde masa nak menjawab kalau ada yang nak bertanya details beliau. Kalau betul nak membantu, mesej saya. Saya berikan nombor akaun, selesai. Kalau rasa was-was bantuan sampai ke tak, rasa saya menipu or whatsoever, tak perlu buang masa.

Doakan semoga urusan beliau dipermudahkan. Semoga bantuan kita yang tak seberapa ni dapat mengurangkan bebanan beliau.

Sunday, 23 October 2016

Jangan Pasang Ayat-Ayat Ruqyah Dalam Kereta Anda. Anda Lihat Sendiri Apa Akibatnya....Mohon Sebarkan dan tolong baca sampai HABIS !!

 



Peringatan kepada anda serta keluarga anda yang mempunyai gangguan Mahluk Halus.

Jangan sesekali pasang ayat-ayat Ruqyah didalam kenderaan kerana orang yang mempunyai gangguan bila diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran akan mempunyai tindak balas seperti meracau-racau ia cukup bahaya kepada pemanduan,


sekiranya gangguan bertambah agresif ada kemungkinan rsiko untuk terjun dari kereta 
dan kemalangan cukup tinggi.

Cukup hanya membaca doa menaiki kenderaan dan istighfar. Pesanan ikhlas dari saya.

Jangan pasang Ayat-Ayat Ruqyah di dalam kereta

Jangan pasang Ayat-Ayat Ruqyah di dalam kereta

Jangan pasang Ayat-Ayat Ruqyah di dalam kereta

apa itu ayat ruqyah?

Ayat ruqyah ni ialah himpunan ayat al-Quran yang digunakan dalam tujuan 
perubatan dimana dibacakan kepada orang yang terkena sihir, atau gangguan jin dan
ia salah satu daripada himpunan ayat suci Alquran untuk penawar dan menghalau jin. Bukanlah dikatakan ayat2 ini mempunyai kuasa menyembuhkan penyakit, 
Allah jua yang memperkenankan doa kita segalanya.

Himpunan ayat ruqyah terdiri daripada : 

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-‘Araf 54-56
9 Al-‘Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

kalau nak download mp3 ni pun boleh..kat 4shared…atau lau kita baca sendiri tak sampai 15 minit pun..yang penting kita berusaha dan bertawakal kepada Allah… lau nak dalam bentuk adobe reader…beleh je tekan google terus…so ain download dalam dua2 bentuk…adobe dan mp3…

Biasanya, lau kita bacakan pada orang yang sakit…akan terdapat la simptom2  seperti berikut..

1)denyutan jantung makin kencang
2)badan bergegar
3)ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4)mengantuk/menguap
5)batuk
6)gelisah
7)panas di tengkuk

Selepas mendengar ayat ini, insyaalah dapat menghalau jin yang berada dalam tubuh kita. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang. Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk….

seperti mana yang kita tau, dalam dunia perubatan islam, ayat-ayat alquran merupakan senjata penting untuk mengubati pesakit. Ain sendiri pernah membacakan ayat ruqyah ini pada orang yang terkena gangguan jin selama 4 malam dah berturut2 sebelum dia tidur..dan ternyata badannya sakit…panas membahang satu badan…dan ..yang sakit tu bukan orang lain dengan ain..melainkan orang yang ku cinta… memang kesian dekat dia kepanasan dan kesakitan.. namun apa yang mampu ain lakukan.. hanya doa daripada jauh…dan Allah yang melindunginya… so, untuk pengetahuan U allz, dia dah sakit selama 2 tahun 3 bulan.. Selama dia sakit tu, bermacam2lah dugaan kami..dan sekarang pun masih sakit jugak.. berubat dah ngan Dato Harun Din…tapi mugkin benda ini ambik masa yang lama..tapi me masih sabar menunggu dia..tapi yang peliknya dia xtau dia sakit gini…penat me..mmm… nanti lah cerita pasal dia…
so, untuk mengamalkan ayat ni untuk sesuatu tujuan:-

1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.

Saturday, 22 October 2016

Kes Campak Ular, Ini Komen Terkini Jabatan Peguam Negara.. Memang Dah Jangka !



KUALA LUMPUR – Insiden mencampak ular ke dalam kolam semasa aktiviti kem bina semangat yang disertai oleh beberapa pelajar sekolah rendah di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini mendapat perhatian Jabatan Peguam Negara.

Unit Komunikasi Strategiknya dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Peguam Negara mengambil serius insiden berkenaan dan mengambil maklum polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Oleh yang demikian, jabatan ini akan menunggu sehingga siasatan tersebut selesai dan akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan kelak,” tegas kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini satu rakaman video sekumpulan murid perempuan diarahkan memasuki sebuah kolam terdapat ular ketika menjalani modul latihan menjdai viral di laman sosial.

Ekoran itu, empat jurulatih Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mengendalikan latihan berkenaan disiasat berhubung kejadian tersebut.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Datuk Selamat Dahalan turut melahirkan kesal dengan insiden itu sambil menegaskan ia berlaku di luar pengetahuan agensi tersebut. – MYNEWSHUB.CC