Monday, 8 August 2016

Viral… Lelaki Malaysia Kahwin Artis Popular Thailand

SEORANG lelaki tempatan bernama Muhammad Hakim Azhar tiba-tiba menjadi popular dan perbualan hangat masyarakat Malaysia.

Semuanya selepas, kisahnya berjaya menambat hati sekali gus bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon Thailand, Aisyah Nok Suthida menjadi viral di media sosial.

Muhammad Hakim, 25, dan Aisyah, 39, dilaporkan selamat diijabkabulkan pada 9 Julai lalu.
 Klik untuk besar

 Klik untuk besarkan

 Klik untuk besarkan

 Klik untuk besarkan


Majlis pasangan ini turut mendapat liputan meluas media Thailand dan dihadiri oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Pasangan ini dikatakan berkenalan setelah Muhammad Hakim meminta untuk bergambar bersama semasa dia menyertai pertandingan kecergasan di Singapura pada Jun tahun lalu.
Ketika itu, Muhammad Hakim tidak mengetahui wanita itu adalah artis popular dari Thailand.
“Saya kenal dengan isteri ketika bertanding dalam South East Asia Streetworkout Championship 2015.
“Mula-mula nampak dia memang cantik. Saya cuma berani bergambar dengan dia, tak berbual pun. Kemudian saya minta Instagram dia dan apabila balik dari Singapura saya mesej untuk minta nombor telefon dia.
“Itu pun dia balas selepas seminggu, kemudian barulah kami saling berbalas mesej dan berkenalan dengan lebih lanjut,” katanya kepada Harian Metro.
Muhammad Hakim yang berasal dari Kluang, Johor melamar Aisyah pada 12 Mac lalu sebelum bertunang pada 10 April.
Difahamkan, Aisyah atau nama sebenarnya Nook Suttida Kasemsant Na Ayutthaya merupakan ibu tunggal kepada dua anak lelaki dan telah memeluk islam pada Februari 2015.
Aisya popular menerusi drama bersiri Angel Destiny, Kamin Kub Poon, Huk Leam Kularb selain membintangi filem, Dek Ra Berd – Extreme Game, Taek 4 dan Lok Tung Bai Hai Nai Kon Deaw.
Muhammad Hakim kini menetap di Bangkok dan membantu perniagaan isterinya yang berkaitan dengan produk kecantikan wanita selain bercadang untuk menjadi jurulatih kecergasan di Bangkok. – MYNEWSHUB.CC

Klik untuk gambar lagi

0 comments:

Post a Comment