Bismillah..
Akhir-akhir ni ada yang PM mintak saya share tips dan tricks
macam mana saya boleh dapatkan full time job sebelum convo, dan cepat naik
pangkat. Beginilah, saya berkongsi pengalaman untuk adik2 dan mereka2 yang
masih menganggur jadikan reference dan tauladan. Apa yang best contohilah, yang
x best tu jangan la ikut nak buat jugak.
Saya xla pandai sampai dapat belajar di IPTA dengan biasiswa
penuh, mungkin disebabkan saya bersekolah di sebuah Chinese Independent High
School, jadi chance untuk saya memasuki IPTA dengan sijil UEC memang ‘zero’ la
ye.
Disebabkan x boleh masuk IPTA direct, parents saya daftarkan
saya belajar di sebuah IPTS berskala kecil, jarak dari rumah dengan menaiki bas
awam hanyalah 15 minit. Sepanjang 3 tahun pengajian Diploma + Degree di situ,
saya terpaksa bekerja disebabkan kesempitan hidup. Almaklumlah, ayah saya
seorang pemandu teksi manakala emak saya guru Gred29 di sebuah Sekolah
Kebangsaan.
Saya ada bakat mengajar, cepat faham apa yang lecturer cakap dan
boleh explain balik with examples. Untuk mencari wang tambang bas, makan
tengahari, print assignment dan belanja lain-lain, saya buat after-class study
group untuk rakan sebatch dengan saya. Kawan-kawan setuju bayar RM50 sebulan
sebab saya akan explainkan semua tutorial question in detail dan ini memudahkan
diorang buat assignment. Maklumlah, lecturer2 memasing busy dengan lectures dan
assessment marking. Ada lecturer yang tahu saya cas kawan-kawan duit untuk buat
kelas tambahan ni, tapi diorang x kisah sebab percentage yang lulus exam lepas
tu pun improve, kira win-win situation la ni. Waktu malam pula saya buka kelas
tuisyen untuk budak2 UPSR, ajar Matematik dan Bahasa Inggeris. Dapatlah sebulan
RM600 lebih, cukuplah untuk kegunaan diri sendiri.
Selesai Degree, Faculty Head tempat saya belajar approach saya
dan tawarkan offer mengajar program Diploma di IPTS yang sama. Dengan keadaan
keluarga yang agak susah masa tu, saya terima sahaja tawaran walaupun gaji
pertama yang ditawarkan memang ciput, bawah RM2000 dan sah-sah below average salary
for fresh graduate. Saya tak kisah dan terima sahaja. Masa ni memang lawak,
sebab lecturers saya sebelum ni tiba-tiba bertukar role jadi rakan sekerja.
Maka pada usia 22 tahun, saya sudah bergelar lecturer, walaupun underpaid,
lecturer tetap lecturer lah kan.
Saya ni pulak jenis gigih dan tahan lasak. Biarpun disuruh buat
itu ini, kena replace kelas lecturer yang tak datang, kena deliver lebih 20 jam
lectures dalam seminggu, buat paperwork macam-macam, undertake events college
yang tak berkesudahan, saya iyakan semuanya dan anggap semua itu assignments
untuk saya. Berkat kesabaran, saya dinaikkan pangkat di usia 23 tahun sebagai
Programme Coordinator, dan sekali lagi di usia 24 tahun sebagai Head of School.
Biarlah orang cakap saya ni Head of School untuk IPTS cikai-cikai je, tapi
pengalaman running a faculty for a college tu yang mengindahkan resume.
Memang betul la apa yang orang cakap, small places are good
training ground for successful managers. Selepas 3 tahun menimba pengalaman di
IPTS kecil ini, saya bertekad mencuba nasib di company yang lebih besar dan
mempunyai kedudukan yang prominent dalam arena pendidikan tinggi Malaysia.
Berbekalkan dengan resume yang padat dengan selling points (resume is our best
marketing tool), dengan sekali interview, saya terus dapat job di IPTS /
company yang kedua ni.
Again, saya tidak memilih. Dari seorang Academician saya beralih
arah ke bidang Administration. Dari Head of School di IPTS lama, saya hanya
bergelar Executive Gred 1 di tempat baru. Tapi saya tak kisah pun, sebab ada
peningkatan gaji sebanyak 20% berbanding di tempat lama.
Sesudah empat bulan saya bekerja, saya dinaikkan ke Gred 2, dan
di tahun kedua, saya dinaikkan pangkat ke Senior Executive Gred 3. Tahun
ketiga, sekali lagi saya dinaikkan pangkat ke Assistant Manager Gred 4. In
summary, kenaikan Gred berlaku setiap tahun, sedangkan kebanyakan pekerja lain
berada di gred yang sama selama bertahun-tahun. Dari segi gaji pula, sekarang
saya beroleh pendapatan 3 kali ganda dari gaji saya yang pertama.
Macam mana saya dapat naik gred dan pangkat dengan mudah?
Sedangkan rakan sekerja melayu yang lain (40% populasi pekerja adalah Melayu)
dah awal-awal warning yang kenaikan pangkat di IPTS yang baru ni cuma
didominasi oleh kaum Cina. Haaa, yang ni kena tanya apa yang bos-bos saya
nampak pada diri saya. Yang boleh saya kongsikan adalah as follows:
• Build relationship with your superior. Kalau nampak diorang
lunch sorang-sorang, offer la diri untuk jadi peneman di meja makan. Bukan nak
ampu ke ape, tapi cuba la memahami bos korang tu sebagai seorang individu biasa
jugak. Bercerita la mengenai family, hobi, resepi, tempat shopping yang best
(ni contoh untuk bos – employee dua2 perempuan) etc. Mesti bos korang akan
appreciate kaw-kaw, lama-kelamaan akan jadi senang je nak berbual dengan bos.
Rapatkan jurang itu penting. InsyaAllah lama-lama jurang position korang dengan
dia pun akan rapat jugak.
• Cuba selesaikan masalah company walaupun bos tak mintak korang
settlekan problem pun. Okay, trick yang ni susah sikit kalau korang takde
pengalaman bekerja. Bagi saya, pengalaman tiga tahun bekerja di company kecil
sebelum ni banyak membantu, maklumlah, saya tapau semua kerja kat situ, dari
HR, Finance, Admin sampai Maintenance pun saya boleh buat. Jadi, training
ground tu penting. Jangan baru graduate dah ngade-ngade nak kerja dengan
company besar-besar. Biasenye kat tempat besar-besar ni diorang xde bagi chance
untuk uolls buat silap, apatah lagi nak trial and error dengan idea-idea korang
yang belum ada pengalaman bekerja. Macam mane pulak nak berkongsi idea dengan
bos? Di sinilah pentingnya tips kat atas tu, kena build relationship dengan bos
dulu.
• Jangan malas dan kedekut nak melabur dalam pendidikan dan
self-upgrading. Tahun kedua saya bekerja, saya sambung belajar Master secara
part time selama 5 tahun. Boleh aje sebenarnye nak selesaikan semuanya dalam 3
tahun, tapi apakan daya, kena ambil subjek sikit-sikit sebab saya bayar yuran
guna akaun 2 EPF. Baru kerja kan.. jadi akaun 2 pun ngam-ngam sangat. Saya rasa
dengan qualification Master ni la company yakin untuk naikkan saya pangkat
lagi. Cabaran kerja sambal belajar ni memang betul-betul menguji ketabahan.
Ramai juga classmate kelas MBA yang quit tengah jalan. Jadi kena stay strong
and focused. Sambung belajar sementara masih muda dan bujang, sangat membantu.
• Work smart. Kalau nak diikutkan, saya suka ambil jalan short
cut kalau bekerja. As long as outcome betul, saya akan sentiasa cari jalan
singkat untuk membolehkan kerja lebih cepat siap, tapi tetap accurate. Ni sebenarnya
kelebihan orang malas (memang saya malas tahap gaban sebenarnye). Diorang akan
lebih focus sebab xnak buat kerja ulang-ulang. Kalau boleh semua benda nak
cipta template dan jadikan automated. Biar senang hidup lepas ni. Dari file
manual guna tracking MS Excel, saya pindahkan data company ke platform lain
yang lebih automated dan user-friendly. Di sinilah pentingnya self-upgrading
kat atas tu. In the same time, kita tolong settlekan masalah company.
• Sentiasa letak diri uolls lebih tinggi dari kedudukan
sekarang. Haaa.. kalau pangkat korang Junior Executive, cubalah fahami kerja
dan requirement seorang Senior Executive. Apa yang kurang dalam diri sekarang
cubalah perbaiki, sampailah setanding dan sesuai untuk bos tuai korang dan
dinaikkan pangkat ke Senior Executive. Memang benar kita dibayar gaji untuk
bekerja, tapi jangan letak amaun gaji tu sebagai tanda pengukur usaha kita,
Kalau kita dibayar RM2000, bekerja la macam kita dibayar RM3000. InsyaAllah,
bos kita akan upkan gaji setanding dengan usaha kita yang lebih tu. Bagi saya,
ni trick paling penting, sebab point ni lah pencetus usaha. Nescaya bos korang
akan rasa bersalah sendiri kalau tak naikkan jawatan korang.
Okaylah,
tu je kot yang saya nak kongsi. Doakan saya lebih maju jaya. Awal tahun ni bos
ada tanya saya “how high do you wanna go in this company?”, dengan laju saya
jawab “as high as you will let me be”. Ingat, kita berusaha, tapi Allah yang
tentukan, dengan asbab bos kita jugak yang naikkan gaji dan pangkat. Sekian.
Terima kasih kpd : – Akak Sporting

0 comments:
Post a Comment