Foto seorang pelajar yang sedang naik
pengangkutan awam kini sedang viral di facebook, banyak netizen yang melahirkan
rasa terharu dan rasa bangga.
Bagi sebuah negara yang merdeka, pendidikan
merupakan sebuah hak mutlak seseorang yang boleh dituntut oleh sesiapa sahaja
dalam sesebuah negara merdeka. Melanjutkan sekolah untuk belajar pun menjadi
hak setiap anak bangsa.
Namun terkadang masalah kesempitan ekonomi
membuat banyak kanak-kanak yang terpaksa meninggalkan alam persekolahannya. Ini
Kerana perbelanjaan wang persekolahan dan kelengkapan sekolah memerlukan wang
yang banyak dan lumayan.
Keadaan ini lah yang membuat mereka yang serba
rasa rendah diri dan serba kekurangan menjadi mereka tidak dapat meneruskan
pembelajaran di sekolah. Namun berbeza dengan apa yang terjadi pada anak muda
dalam foto ini. Sebuah foto yang menggambarkan seorang remaja yang memakai
seragam sekolah dan menaiki sebuah pengangkutan awam
Remaja ini hanya duduk ditempat duduk penumpang
biasa sahaja, tetapi apa yang menarik perhatian umum ialah barang yang telah
dibawa bersama oleh pelajar ini nyata amat mengejutkan. Kegigihan dan ketabahan
pelajar ini didalam bas telah berjaya di abadikan oleh seorang Netizen.
Memakai baju kemeja berwarna biru muda dan juga
memakai celana panjang berwarna biru tua. Anak ini memangku beg miliknya yang
berwarna merah muda.



0 comments:
Post a Comment