Betapa terkejut wanita ini apabila perubahan diri yang dialami olehnya rupa-rupanya disebabkan oleh perbuatan sihir kawan serumahnya. Jom baca kisah wanita ini yang disantau oleh kawan serumahnya diceritakan oleh pengamal rawatan Islam dipetik dari IIUM Confessions.
Salam, saya lelaki, pengamal rawatan Islam. Saya sekadar mahu berkongsi tentang apa yang berlaku pada kawan tempat belajar saya dulu. Cukuplah sekadar saya menggelarnya Imah.
Imah seorang pelajar yang pandai dan rajin. Semua lecturer suka dengan Imah ini. Badan Imah ini gempal sedikit tetapi gempal tidak membuktikan otaknya juga gempal kerana, setiap sem dai selalu mendapat dean list.
Sem 1 hingga sem 4, Imah ada dalam ranking yang top student jugalah. Tamat sem 4, semua balik cuti sem. Kemudian bila tamatnya cuti sem 4, semua balik ke hostel.
Selepas dua minggu sesi PnP, Imah masih tidak kelihatan. Saya menganggap Imah mungkin cuti lebih lama. Sehinggalah satu hari itu, Imah masuk ke kelas namun keadaannya amat berbeza. Imah kelihatan kurus dan cengkung. Namun senyumannya saya masih kenal. Dan di waktu itu saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Satu hari, Imah menghantar mesej kepada saya.
"Boleh tolong check badan Imah tak? Imah rasa ada yang macam tak kena dengan badan ini," pintanya.
Saya tanya dia rasa macam mana? Saya mahu dia jelaskan lebih terperinci.
"Bila tiba malam, Imah menjadi takut dan selalu nampak kelibat dalam bilik. Badan rasa lemah dan selalu muntah lendir-lendir hijau," katanya.
Pada peringkat awal, saya menasihatkannya untuk pergi berjumpa dengan doktor di hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan.
"Imah dah buat semua itu. Doktor cakap semuanya normal. Pernah juga buat rawatan Islam di kampung, tetapi hasilnya seperti sekarang. Badan Imah kurang dan muka cengkung," jelasnya.
Kemudian saya berkata pada dia yang saya akan cuba tolong dan ikhtiarkan apa yang patut. Imah lega dan bersetuju.
Pada hari yang dijanjikan, saya bersama dengan kawan-kawan dan lecturer pergi melawat Imah di rumahnya yang didiami dengan seorang rakan serumah bernama Ina.
Sewaktu saya melangkah masuk ke bilik Imah, saya terhidu bau sesuatu yang amat kurang menyenangkan. Baunya seperti bangkai.
"Korang semua ada terhidu bau yang tak menyenangkan?" soal saya pada lecturer dan kawan-kawan.
Mereka semua mengangguk. Waktu itu saya dah rasa tak sedap hati. Berbekalkan tawakal dalam diri, saya menghadap Imah dan cuba scan badannya.
Dimulakan dengan lafaz bismillah, saya cuba membaca ayat-ayat ruqyah. Waktu itu badan Imah menggeletar, kemudian bergoyang ke kiri dan ke kanan. Dengan tiba-tiba saja suarah Imah berubah.
"Bakpe mu kacau aku?!"
Saya tahu itu bukan suara Imah sebab Imah orang utara. Saya membalas dengan menguatkan lagi bacaan ruqyah menyebabkan Imah menjerit.
"Panas! Panas! Diamlah kau!!"
Yang ada pada waktu itu semuanya menjadi diam, sunyi. Masing-masing terkumat kami membaca ayatul kursi. Saya cuba berbicara dengan Imah.
"Wahai makhluk yang di sebalik tubuh ini, apa mahumu? Keluar kau musuh Allah. Keluar dari tubuh anak Adam ini!"
Kemudian Imah bersuara.
"Dia milik aku! Aku benci semua yang dia buat!" katanya.
"Sama ada kau nak keluar atau aku bakar kau!" kata putus diberikan kepada makhluk itu.
Saya teruskan bacaan ruqyah, keadaan masih berterusan sehingga beberapa jam. Makhluk dalam badan Imah masih juga kuat melawan. Saya menguatkan lagi ruqyah dan sampai satu tahap, makhluk itu akhirnya mengalah. Imah kemudiannya memuntah serbuk-serbuk kaca, lendir kuning dan rambut. Semua yang ada di situ pada malam itu melafazkan istighfar dan syukur kerana makhluk itu sudah keluar.
Saya terperasan ada seseorang yang tidak berada di dalam bilik itu, iaitu Ina.
Keesokannya Imah diberi cuti rehat. Minggu itu berlalu seperti biasa.
Seminggu sebelum Imah pergi menghadap Illahi, Imah ada menghantar saya mesej kepada saya.
"Imah tahu siapa yang buat Imah seperti ini. Ina yang buat sebab sewaktu mengemas bilik, Imah terjumpa satu nota yang ada tulisan jampi serapah dan di dalamnya tertera nama Imah.
"Kemudian sebelum kamu semua datang untuk mengubat Imah tempoh hari, Ina ada cakap yang dia mahu keluar. Dia kata dia panas. Paling Imah terkejut ialah Ina ada mengumpul rambut, kuku dan barang peribadi Imah dalam satu bekas.
"Kenapa dia buat Imah seperti ini? Apa salah Imah? Patutlah sejak akhir-akhir ini Ina macam kurang rapat dengan Imah," katanya.
"Jangan fitnah dia. Kita tidak tahu perkara sebenar," itu saja yang saya mampu balas.
Selepas beberapa bulan kemudian, Imah meninggal dunia disebabkan komplikasi di rahim dan buah pinggangnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Zaman sekarang orang lebih suka cara halus untuk menjatuhkan orang lain. Waspadalah buat perempuan di luar sana.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada orang di luar sana supaya lebih berhati-hati. Amalkan surah-surah yang boleh menjauhkan kita dari perbuatan sihir ini.
I really like your blog , it is very useful to be read can add to our knowledge and thank you for your blog keep updating your blog friend
ReplyDeletesanadomino