Penyanyi dan pengacara terkenal Dato AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini telah menfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd bersama isterinya Datin Emylia Rosnaida serta dua orang lagi.
Malah, mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM25 juta terhadap wartawan hiburan Utusan Melayu iaitu Syed Musaddad Syed Mahdi, bekas Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussein, Ketua Pengarang Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defenden dalam kes ini atas andaian fitnah dalam artikel berjudul 'Peace Yall FM Tak Bayar Gaji'.
Artikel tersebut telah disiarkan di sisipan Pancaindera yang diterbitkan bersama-sama dengan Mingguan Malaysia. Mereka mendakwa perkataan-perkataan dalam artikel itu menunjukkan seolah mereka tidak bertanggungjawab, lalai terhadap pekerjanya.
AC Mizal yang merupakan Presiden Peace Yall Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan operasi saluran radio penyiaran internet swasta, memfailkan saman itu melalui Tetuan Shahrir & Co pada 30 Mac lepas.
Selain itu, mereka mendakwa reputasi dan nama baik mereka selaku ahli perniagaan dan penggiat bidang seni telah terjejas teruk.
Mereka menuntut ganti rugi am bagi memfitnah sebanyak RM15 juta dan ganti rugi teruk RM10 juta, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Menurut peguam Ahmad Shahrir Baharuddin yang mewakili kesemua plaintif mejelaskan bahawa mahkamah menyarankan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan kes saman fitnah itu melalui proses mediasi.
0 comments:
Post a Comment