Sebelum ini kecoh apabila ada pihak mengatakan ibu kepada Sufi AF telah memuat naik beberapa status di laman Facebook miliknya atas nama akaun Irma Suriana Mahamud meluahkan perasaan amarahnya serta memanggil Sufi sebagai anak derhaka.
Susulan itu, Sufi telah tampil menjelaskan keadaan sebenar berhubung perkara tersebut. Menurut Sufi, itu adalah masalah keluarganya dan tindakan ibunya meluahkan di media sosial telah mencetuskan perhatian orang ramai.
“Setiap keluarga ada masalah tersendiri dan setiap ibu juga ada karakter masing-masing. Benar ibu saya suka marah-marah dan pastinya mereka yang tidak mengenali ibu saya, apabila membaca status yang dimuat naiknya itu akan mengundang salah faham”
“Tambahan pula saya sebagai artis orang kenal dan mulalah kaitkan saya dengan ayahlah, ibulah. Saya akui saya dan ibu memang ada perselisihan faham sebelum ini namun kami sudah selesaikannya," jelasnya.
Malah, dia sudah menasihati ibunya supaya tidak lagi meluahkan perasaan di laman Facebook.
“Ibu seorang yang suka berkongsi dan meluah kata-kata di laman Facebook, baginya laman sosial itu sangat penting. Jadi, saya telah berpesan kepadanya agar tidak meluah perasaan menerusi laman sosial lagi,” tambahnya lagi.
Disebabkan isu ini menjadi kecoh, status ibu Sufi itu telah dipadam. Apapun, moga-moga hubungan mereka baik-baik aje.
Sumber: Media Sensasi
0 comments:
Post a Comment