Siapa tidak kenal dengan usahawan terkenal iaitu Dato Aliff Syukri Kamarzaman, 29 yang popular dengan trademark Terlajak Laris dan sering muncul di kaca tv.
Baru-baru ini, pengarah terkenal Profesor Datuk A. Razak Mohaideen telah mendedahkan bahawa pengasas produk D'Herbs itu bakal membintangi sebuah filem aksi komedi yang berjudul 'Badang Superb'.
Malah, beliau menjelaskan pemilihan Dato Aliff disebabkan oleh popularitinya.
"Memang antara sebab dia menjadi peneraju utama filem ini kerana popularitinya. Tetapi dalam masa yang sama, saya dapat lihat kesesuaian Datuk Aliff dengan watak badang ini.
"Buat masa ini kami masih dalam proses melatihnya untuk watak ini. Kalau tidak ada apa-apa, kemungkinan besar pembikinan filem ini akan berlangsung pada bulan ini juga," katanya.
Sebelum ini Dato Aliff pernah muncul sebagai pelakon tambahan dalam drama Akasia TV3 yang bertajuk'Duda Terlajak Laris'. Apapun, tentu pasti ramai peminat tidak sabar melihat kemunculan beliau dalam filem tersebut.
Sumber: Media Sensasi
0 comments:
Post a Comment