Saturday 6 August 2016

Inilah KISAH SEBENAR Lelaki Yang Dikebumikan Setahun Lalu Tiba-Tiba Muncul Di Depan Rumah!



INDONESIA: Satu kejadian yang menggemparkan penduduk Yogyakarta apabila lelaki yang dikenali sebagai Waluyo, 62 tiba-tiba muncul depan rumah meskipun dia sudah selamat dikebumikan setahun yang lalu gara-gara kemalangan jalan raya. 

Kepulangan Waluyo bukan sahaja membuatkan orang kampung tidak percaya malah keluarganya sendiri turut sukar mempercayai orang itu adalah Waluyo.

Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Mei 2015, seorang lelaki yang mirip Waluyo terlibat dalam kemalangan di daerah Gading, Wonosari, Gunung Kidul di Yogyakarta. Keluarganya yang mengetahui kejadian itu menerusi laman Facebook kemudian pergi ke hospital Nurrohmah untuk mengesahkan sendiri identiti lelaki itu.

Selepas 6 hari dirawat di hospital lelaki terbabit telah disahkan meninggal dunia dan kemudian dikebumikan di tanah kelahiran Waluyo di Suren, Patalan, Jetis, Bantul.

Inilah KISAH SEBENAR Lelaki Yang Dikebumikan Setahun Lalu Tiba-Tiba Muncul Di Depan Rumah!

Menurut anaknya, Anti Ristanti mengatakan ketika di hospital ramai saudara mara datang menjenguk dan mereka tidak berasa curiga itu adalah bapanya kerana wajah mereka sangat mirip. 


Namun, setahun berlalu Waluyo tiba-tiba pulang ke kampung halaman dan kepulangan Waluyo bukan sahaja menggemparkan keluarga malah seluruh kampungnya.
“Apabila berita kepulangan Waluyo tersebar, ada penduduk yang melawat kubur itu untuk melihat sama ada ia berlubang atau tidak,” katanya isteri Waluyo.
Menurutnya, pada mulanya dia dan keluarganya ragu-ragu lelaki itu Waluyo, tetapi selepas bertanya beberapa soalan barulah mereka yakin.

Berita kepulangan Waluyo menyebabkan ramai penduduk termasuk polis datang ke rumah lelaki itu untuk memastikan kesahihannya.

Inilah KISAH SEBENAR Lelaki Yang Dikebumikan Setahun Lalu Tiba-Tiba Muncul Di Depan Rumah!

Ekoran kepulangan Waluyo itu polis kini terpaksa menyiasat misteri mangsa yang maut dalam kemalangan jalan raya berkenaan.

Sebelum ini Waluyo keluar dari rumah kerana bekerja di Semarang sebagai tukang sapu dan sepanjang setahun peninggalannya, beliau tidak pernah menelefon keluarganya kerana tidak memiliki telefon bimbit. 

0 comments:

Post a Comment