JAWATANKUASA Olimpik Amerika Syarikat (USOC) dilaporkan telah mengeluarkan surat amaran pelanggaran harta intelek kepada semua penaja atlet yang tidak menaja temasya sukan itu, lapor portal ESPN.
Surat tersebut ditulis oleh Ketua Pegawai Pemasaran USOC, Lisa Baird.
“Entiti komersial dilarang memuat naik tentang pra mahupun kejohanan sebenar di akaun media sosial korporat.
“Sekatan ini termasuk penggunaan ‘trademark’ USOC dalam ‘hashtag’ seperti Rio2016 ataupun #TeamUSA,” katanya.
‘Trademark’ seperti ‘Olympic’, ‘Olympian’ dan ‘Go For The Gold’ serta beberapa perkataan lain merupakan hak milik USOC.
Memetik laporan BBC, Pensyarah Undang-undang di Universiti Santa Clara, Eric Goldman berkata, pendekatan yang diambil USOC itu terlalu agresif dan tidak munasabah malah menyifatkan tindakan itu sebagai membuli.
Syarikat Oiselle dikatakan telah dihubungi USOC melalui e-mel apabila akaun media sosial syarikat pakaian itu memuat naik gambar atlet, Kate Grace yang ditajanya selepas atlet itu memenangi acara 800 meter bagi pra-Olimpik, bulan lalu.
Oiselle dilaporkan sudah memadamkan logo dan nama Olimpik pada gambar tersebut namun membiarkan logo kecil gelung ‘trademark’ Olimpik.
Masalahnya hanya terdapat baju atlet itu di mana nombor bib yang dipakai atlet itu mempunyai logo Olimpik yang kecil dan pihak Oiselle diarahkan menurunkan gambar tersebut dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pegawai Eksekutif Oiselle, Sally Bergesen menyifatkan arahan USOC itu sebagai tidak munasabah.
Ada juga beberapa atlet yang memuat naik gambar kasut atau hospitaliti yang disediakan untuk mereka oleh penaja telah diarahkan agar memadam gambar berkenaan dan jika enggan mereka didakwa diugut kehilangan kelayakan.
Sementara, USOC memberitahu, “saluran media sosial korporat yang bukan penaja rasmi Olimpik tidak sepatutnya terlibat dalam ‘ambush advertising’.”
Sumber: SinarHarian Online
0 comments:
Post a Comment