Wednesday, 3 August 2016

Tips Pilih Warna Tudung Sesuai Dengan Warna Kulit.


Kredit Foto: hijapedia
Warna Tudung.Adakah anda merupakan peminat tegar fesyen berhijab?
Untuk menyempurnakan penampilan hijab, perkara utama yang harus anda ambil tahu adalah warna tudung dengan warna kulit anda. Adakah ia sesuai dan indah dipandang mata apabila digayakan?
Warna tudung yang salah atau tidak sesuai dengan warna kulit anda boleh membuatkan wajah anda kelihatan kusam dan tidak segar.
Padanan yang tepat  termasuk kesesuaian warna tudung dengan warna atau motif pakaian anda akan menyerlahkan lagi keseluruhan penampilan anda, sehingga tercipta satu stail yang selesa dan memikat!

Berikut tips memilih warna tudung yang sesuai dengan warna kulit anda;
Jika anda berkulit kuning langsat
Anda disarankan memilih hijab berwarna merah, pink dan biru. Warna yang harus dihindari adalah yang berwarna seperti caramel, coklat dan oren.

* Jika anda berkulit putih
Sebaiknya pilih warna hijab yang lebih gelap atau terang seperti hitam, biru, ungu dan merah. Elakkan warna-warna seperti beige, pastel atau putih yang boleh membuatkan anda kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Jika anda berkulit gelap
Anda disarankan memilih warna-warna lembut supaya kulit anda kelihatan lebih cerah. Cubalah ‘bermain’ dengan warna-warna neutral seperti pastel dan lavender. Anda perlu menghindari pemakaian hijab berwarna coklat, hitam, oren, kuning, hijau tua dan merah bata kerana membuatkan kulit anda nampak lebih gelap.

* Jika anda berkulit sawo matang
Anda yang memiliki kulit sawo matang, sebaiknya pilih hijab yang berwarna pastel, biru tua, maroon, ungu serta hitam.  Cuba elakkan memakai atau  memilih hijab berwarna merah, kuning, hijau dan coklat gelap.
Untuk dapatkan panduan cara menjaga rambut berhijab anda boleh dapatkan tips di laman cara 4 Cara Mudah Penjagaan Rambut Wanita Berhijab

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

0 comments:

Post a Comment