Sunday, 31 July 2016

Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Menjadi Rebutan



Foto: Sekadar Hiasan
Tips Lelaki Kacak. Adakah anda ingin tahu tips menjadi lelaki kacak di mata wanita?Sebenarnya ada banyak sekali cara untuk menjadi lelaki kacak yang boleh menarik perhatian wanita.
Menjaga kecantikan selalunya sinomin dengan golongan wanita, namun golongan lelaki zaman kini juga tidak mahu ketinggalan dalam menjaga kulit wajah yang merupakan aset mereka.
Penjagaan kulit wajah ini amat penting agar kelihatan segar sentiasa. Jadi, di sini terdapat beberapa tip yang boleh membantu untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa sebarang cela.
Berikut beberapa tips menjadi lelaki kacak yang bakal digilai oleh ramai wanita.
1. Penjagaan Wajah
Ini merupakan asas dalam penjagaan wajah. Bukan sekadar membersihkan, tetapi sebagai lelaki anda juga harus mengenali kulit wajah anda. Kulit lelaki berbeza dari kulit wanita kerana lelaki mempunyai liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif. Jangan sesekali membersihkan wajah anda dengan menggunakan sabun buku badan kerana ini akan menyebabkan kulit wajah semakin kering.
Minyak yang terdapat di muka amat bagus tetapi jika dibiarkan berlebihan akan menyebabkan liang roma tersumbat dan mendatangkan gejala jerawat.Sekurang-kurangnya,basuhlah wajah anda menggunakan produk wajah yang sesuai walaupun hanya sekali dalam sehari.
2. Menggunakan Scrub Muka
Rajin-rajinkan diri anda menggunakan scrub di muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika anda konsisten, anda pasti dapat melihat kesannya di wajah.
3. Pakai Pelembab
Amalan bercukur pada setiap hari bakal menyebabkan kulit wajah anda semakin kering kerana wajah kehilangan bahan semula jadi yang melembapkan kulit.Oleh itu, penggunaan pelembab di wajah amatlah digalakkan bagi mengembalikan semula kelembapan di wajah anda.Kesannya, tiada lagi kesan sel-sel kulit mati yang kelihatan di muka.
Tahukah anda golongan lelaki mudah mendapat lingkaran di bawah mata kerana tekanan harian? Kekurangan penjagaan di sekitar kawasan ini akan membuatkan kedut-kedut mula kelihatan lebih cepat dari tempoh sepatutnya. Penggunaan krim mata yang sesuai mampu mengurangkan lebam di bawah mata.
* Selain itu, anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan untuk meningkatkan tenaga dan juga mengamalkan produk kecantikan yang terdapat di pasaran.
Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya. TQ

Ketahui Punca Terjadinya Ulser Mulut & Cara Pantas Meredakan Kesakitannya



Kredit foto: androsent-sleep 
Ulser mulut. Ulser mulut atau lebih dikenali dengan nama “mata ikan” merupakan luka dalam mulut berwarna putih atau kuning,dikelilingi  warna kemerahan dan menyakitkan.
Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi.Kebiasaannya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu.Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit. Namun,sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.

Siapakah Orang Yang Selalu Terkena Ulser Mulut?
Ia terjadi pada semua orang tetapi golongan wanita lebih kerap mengalaminya terutamanya semasa mengandung dan semasa kedatangan haid.

Tanda-Tanda Ulser Mulut?
  • Tanda-tanda bulat berwarna putih atau kuning dan dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
  • Ulser ini selalunya tidak melebihi daripada dua atau tiga mm besarnya.
  • Sakit pada bahagian yang dijangkiti terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
Punca Terjadinya Ulser Mulut?
  • Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • Daya menahan sakit yang lemah.
  • Kekurangan zat dalam makanan yang diambil terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi.
  • Tekanan perasaan (stress) akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir.
  • Alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • Pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering.
  • Kesan daripada radioterapi dan kimioterapi.


Langkah-langkah Yang Boleh Anda Lakukan:
  • Jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
  • Kurangkan air berasid.
  • Gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • Letak gel untuk ulser di tempat yang dijangkiti.
  • Letak sedikit ais di tempat yang dijangkiti untuk melegakan sakit.
  • Minum air masak dengan kuantiti yang  banyak.
  • Elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil Vitamin B Kompleks dan atau Arcalion.
  • Mengambil mineral zink,zat besi,Asid Folik,Vitamin B 12.
  • Vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • Untuk meningkatkan sistem imun (daya tahan sakit), anda digalakkan untuk mengambil lebih Vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • Pengambilan probiotik seperti Acidophilus yang terdapat dalam bentuk kapsul atau di dalam Yogurt juga boleh membantu.


Petua Semulajadi Merawat Ulser Mulu
Ini adalah cara tradisional dan pilihan ramai sejak dulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan akibat luka di mulut.
Cara ini merupakan cara untuk ulser mulut anda sembuh dengan cepat, namun anda perlulah menahan sakit ketika berkumur. Air garam juga dipercayai dapat mengurangkan jangkitan pada mulut.

2. Air Baking Soda
Anda boleh mencampurkan air dan baking soda dan diletakkan di bahagian ulser. Perlahan-lahan ia akan mengurangkan diameter luka terbabit.

Berjemur di bawah panas atau bekerja di lokasi panas matahari boleh menyebabkan suhu tubuh panas berlebihan.Air kelapa dipercayai dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Selain dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser,ia juga bagus untuk kesihatan.

4. Marjerin
Mungkin anda tidak tahu bahawa marjerin mampu mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di ulser tersebut dan marjerin itu akan cair. Amalkan selalu sehingga ulser tersebut sembuh. Petua ini sesuai untuk kanak-kanak kerana tidak menyakitkan mereka.

5. Madu
Madu sangat berkesan untuk mengubati ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan madu di ulser tersebut sekaligus menyebabkan ulser tersebut semakin mengecut. Petua ini juga sangat sesuai dengan kanak-kanak.


Buat Pemeriksaan Lanjut
  • Ulser yang anda alami agak besar, iaitu melebihi 3 mm.
  • Ulser berdarah.
  • Tidak sembuh dalam masa 3 minggu.

Nota Kaki: Anda juga dinasihatkan untuk minum air masak secukupnya kerana musim kering dan jerebu seperti sekarang membuatkan anda berisiko tinggi untuk mendapat ulser mulut sekiranya kurang minum air masak.SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda.

10 Tempat Makan Yang Memang Berbaloi Sedap Di Shah Alam



Mencari-cari tempat makan yang sedap dan popular di Shah Alam? Jom semak 10 tempat makan yang memang berbaloi sedap di Shah Alam. Jika anda berkunjung ke Shah Alam, jangan lupa singgah di sini ya!


1. Pak Li Kopitiam
Bosan dengan kopitiam-kopitiam yang sudah biasa anda nikmati? Apa kata, anda cuba makan dan minum di Pak Li Kopitiam yang terletak di Seksyen 7 ataupun Seksyen 18. Sebuah tempat yang sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga mahupun teman. Menu wajib cuba di sini adalah ‘Nasi Ayam Lemon’ dan ‘Golden Fried Rice’. Minuman yang disyorkan adalah kopi putihnya. Menu yang selalunya terdapat di kopitiam yang lain turut disediakan seperti roti bakar,telur separuh masak,nasi lemak dan lain-lain. Restoran ini beroperasi setiap hari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 1.30 pagi bagi hari Ahad hingga Khamis. Manakala pada hari Jumaat dan Sabtu restoran ini beroperasi sehingga pukul 2.30 pagi.
2. Burger Yazid
Jalan-jalan cari makan Shah Alam yang seterusnya ialah ke Burger Yazid yang terletak di Seksyen 7. Burger ini sememangnya terkenal dengan saiz burgernya yang besar. Saiznya yang besar itu boleh dimakan bersama-sama dalam anggaran tiga hingga tujuh orang berdasarkan saiz yang dipilih. Anda boleh mencuba pelbagai menu di sini seperti ‘Double Kambing Special’ dan ‘Twister Cheese’ yang dikatakan adalah yang terbaik dan menarik untuk dicuba di sini. Namun,anda diingatkan supaya sabar menunggu menu yang dipesan kerana ramai yang membeli dan sanggup beratur untuk makan di salah satu tempat makan menarik di Shah Alam ini.
3. Restoran Mr Steak House
Jalan-jalan cari makan Shah Alam seterusnya ke Restoran Mr Steak House yang terletak di Laman Seri Business Park di Seksyen 13, Shah Alam. Menariknya harga makanan di restoran ini ‘agak murah’ untuk sebuah restoran. Contohnya, harga untuk ‘Chicken Chop’ hanya RM8.90 tidak seperti restoran lain. Walaupun harganya agak murah,namun portion yang disediakan adalah berbaloi.
Anda bolehlah cuba menikmati Chicken Combo yang berharga RM13.90 kerana hidangan ini bukan semata-mata ayam sahaja. Tetapi turut digabungkan juga dengan dua kepingan lamb chop,grilled chicken bahagian thigh dan juga beberapa ekor udang.Sememangnya keenakkan rasanya membuatkan anda berbaloi untuk menikmati hidangan ini.
4. Restoran Mee Ketam
Apabila bertanya sahaja kedai makan yang sedap di Seksyen 7 ini,pastinya ramai yang mencadangkan anda untuk jalan-jalan cari makan Shah Alam mencuba mee ketam di Restoran Mee Ketam yang berdekatan dengan Unisel Shah Alam. Sememangnya mee ketam di restoran ini merupakan mee ketam yang terbaik dan wajib order apabila datang makan di sini. Harga bagi semangkuk mee ketam ini pula sangat berpatutan,cuma RM 8 untuk mee ketam bersaiz biasa. Rasa karinya yang sedap,pedas dan berlemak dan cukup rasa mampu membuatkan anda tak pandang kiri kanan apabila menikmati mee ketam ini. Ketam yang digunakan juga segar dan banyak isi.
Selain itu,anda juga disyorkan untuk memesan Lai Chi Kang kerana rasanya sangat berbeza dengan Lai Chi Kang yang terdapat di restoran-restoran lain. Waktu operasi Restoran Mee Ketam ini adalah bermula pada pukul 12.30 tengahari sehingga 10 malam pada setiap hari Selasa hingga Ahad. Manakala pada hari Jumaat,restoran ini akan mula beroperasi pada pukul 5 petang. Pada setiap hari Isnin,restoran ini akan ditutup.
5. Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam
Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7 Shah Alam ini menawarkan pelbagai jenis sajian Johor dan juga pelbagai menu lain termasuk ‘western food’. Jadi, anda tak perlu pening-pening kepala nak pilih makanan apa yang anda suka.
Menu pertama yang wajib anda cuba ialah Kacang Pol.Dengar kata Kacang Pol ini dibawa khas dari Larkin, iaitu tempat Kacang Pol yang terkenal di Johor. Sekali cuba pastinya nak lagi! Manakala mee bandung udang galah sememangnya menjadi pilihan pengunjung di sini kerana udang galah yang disediakan memang besar dan betul-betul segar. Sememangnya rasa kemanisan udang galah tersebut sangat sesuai digabung dengan mee bandung udang galah ini.
Tidak lupa juga,anda perlulah mencuba mee rebus tulang. Pastinya anda akan menikmati setiap sedutan dari sum-sum tulang dalam mee rebus tulang ini. Harganya sangat berpatutan iaitu cuma RM9 semangkuk.Tarikan lain di Restoran Bisik-Bisik ini adalah ‘Asam Pedas Mak Kiah’. Anda boleh memilih samada mahukan ikan patin atau ikan jenahak untuk asam pedas Mak Kiah ini untuk dimakan bersama nasi putih. Restoran ini akan ditutup pada setiap hari Rabu,minggu kedua dan keempat setiap bulan dan beroperasi seperti biasa bermula pada pukul 12.30 tengahari sehingga 12.30 malam. Restoran Bisik-Bisik ini juga pernah mendapat liputan beberapa akhbar dan majalah utama.


6. Restoran Zam-Zam
Bagi anda yang inginkan makan nasi arab yang sedap di Shah ALam,anda bolehlah jalan-jalan cari makan Shah Alam di Restoran Zam-Zam yang terletak di Seksyen 9. Restoran Zam Zam ini mempunyai bangunan sendiri dan berdiri gah di belakang deretan kedai.
Mungkin kerana lokasi dan suasana restorannya yang ekslusif,maka harga yang dikenakan agak mahal berbanding restoran Arab yang lain,namun semua ini dikaburi dengan rasa nasi Arabnya yang sedap. Restoran Zam Zam ini menyediakan pakej mengikut berapa orang yang mahu makan. Hidangan nasinya sudah lengkap bersama nasi, lauk, pencuci mulut, kebab dan juga air. Sekali sekala apa kata anda cuba nasi Mandy Lamb yang sememangnya umpph! Harga bagi sepinggan Mandy Lamb ini ialah RM19 tetapi nasinya boleh dimakan untuk dua orang. Antara menu lain ialah Mixed Grill,Arabic Salad dan Muhalabia.
7. Restoran Big Brother
Jalan-jalan cari makan Shah Alam berpindah pula di Restoran Big Brother. Lokasinya sangat mudah untuk dicari kerana terletak di PKNS Bizpoint Seksyen 7, Shah Alam,baris belakang sekali yang berhadapan dengan Hospital Shah Alam yang baru.
Menariknya menu di sini adalah rasanya yang memang sedap di samping keunikan namanya. Malah portion yang disediakan memang ternyata berbaloi untuk anda nikmati. Antara menu wajib cuba di Restoran Big Brother ini ialah Seafood Aglio E’Olio Linguine (RM19.90),Seafood Marinara Spaghetti (RM19.90),Pan Seared Norwegian Salmon (RM25.90),Chicken Roulade (RM19.90),Creamy Pollo Tri-shroom Pasta(RM21.90) dan juga Sesame Chilli Dory(RM17.90).
8. Chemistry Cafe
Bagi anda jalan-jalan cari makan Shah Alam tetapi inginkan sebuah tempat yang boleh bersantai sambal berborak pada waktu petang ataupun malam,Chemistry Café+Lab merupakan tempat yang tepat untuk anda kunjungi. Kafe ini terletak sederet dengan Restoran Hakim Seksyen 7.
Kafe ini sememangnya menjadi pilihan para remaja dan sangat popular kerana dekorasi kafenya yang bertemakan makmal kimia. Pelbagai alatan yang selalu digunakan dalam makmal kimia digunakan untuk menghidangkan makanan dan minuman kepada para pelanggan. Antaranya adalah tabung uji, picagari, kelalang berdasar rata, rak tabung uji, kaki retort,pengapit dan macam macam lagi!
9. Restoran Jemari
Mengidam tom yam yang sedap,pekat dan pedas? Pendek kata tomyam yang ‘kaw’? Jom jalan-jalan cari makan Shah Alam di Jemari yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Restorannya yang strategik bersebelahan dengan butik tudung Pearl Haya memudahkan pencarian anda untuk datang ke restoran ini. Menu special yang terdapat di restoran ini ialah Nasi Goreng Ala-Thai. Nasi ini dikelilingi oleh kerabu mangga, keropok, daging masak merah, timun, bawang dan cili padi. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu RM12.90.
Selain itu,apa kata anda cuba menu kerabu kangkung di Restoran Jemari ini. Menariknya kerabu kangkung ini tidak sama seperti kerabu kangkung lain yang selalunya berair. Di sini,anda boleh menikmati kerabu yang digoreng dengan tepung dan disiram dengan sos Thai. Apabila makan terasa seolah-olah anda sedang makan keropok! Memang sedap sangat. Harga sepinggan kerabu kangkung ini ialah RM8.90.
10. Restoran Laman Grill
Anda sukakan makanan western atau suka makan steak? Jom jalan-jalan cari makan Shah Alam ke Laman Grill yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ini. Restoran ini terkenal kerana pengasasnya yang merupakan salah seorang dari juri dalam rancangan Masterchef iaitu,Chef Zubir Zain bersama rakan kongsinya Chef Kamal Baharain. Di restoran ini, pasukan masakan mereka menyajikan resipi yang dirumus dengan teliti dan pelbagai ciptaan lazat.
Antara menu yang terdapat di restoran ini ialah New Zealand Lamb Cutlet & Turkish Lamb Kebab (RM36.50), Australian Baby Lamb Foreshank(RM 34.50),Meat Lover’s Combo Platter (RM63.50) dan juga Caramelized Apple-Bread Butter Pudding(RM11.50). Walaupun harga di restoran ini memang mahal sikit tetapi dari segi rasanya memang berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Restoran Laman Grill ini beroperasi setiap hari bermula pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam.
Sudah tahu restoran mana yang anda mahu pergi? Ajaklah rakan-rakan ataupun keluarga tercinta untuk sama-sama menikmatinya.
Kredit foto: foodnetworkseriouseatseatslamangrill


Read more: http://www.wom.my/gaya-hidup/makan-sedap-di-shah-alam/#ixzz4FyhkPpoZ 
Follow us: @WOMDOTMY on Twitter | womenonlinemagz on Facebook

8 Tip Facebook Ads saya belajar selepas sales beliau cecah RM1 juta dalam masa 7 bulan.



Saya pernah berbual dengan seorang usahawan yang kurang menonjol di hadapan orang awam, tapi menghasilkan jualan jutaan ringgit.

Lebih spesifik, jualan kasar lebih RM1 juta dalam masa 7 bulan.

Platform dia tertumpu pada Facebook Ads dan Google Adwords.

Berikut antara tip dan kesilapan usahawan selalu lakukan bila mula beriklan di FB Ads.

1) Iklan pertama terus nak dapat sales kaw-kaw.

2) Bila iklan dah keluar kos banyak dan sales tak ada, hidup jadi stres macam baru lepas kena isytihar bankrap di mahkamah.

3) Fungsi iklan pada fasa permulaan adalah penerimaan dan pengesahan data.

4) Kita bayar duit kepada Facebook, supaya Facebook bagi kita data-data yang boleh kita baiki dan tambah baik di masa akan datang.

5) Fasa iklan FB Ads kedua dan seterusnya baru nampak hasil. Itu pun jika kita dapat dan guna data.

6) Contoh-contoh data daripada Facebook Ads adalah masalah yang boleh buat pelanggan respon, jantina, umur, tempat tinggal dan pelbagai lagi.

7) Iklan fasa pertama adalah iklan untuk belajar faham pelanggan dengan lebih dekat.

8) Sentiasa anggap kita membeli data daripada Facebook setiap kali memulakan iklan fasa pertama.

"Lepas guna 6 skrip close sale tanpa hardsell, hasilnya 10 daripada 23 prospek membuat pembelian lebih RM200 (Nilai jualan sekitar RM2,000+)" - Hasbul Ariff.


Ditulis Oleh: Aqif Azizan | FB: Aqif Azizan

Friday, 29 July 2016

Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal

Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah. Tahniah buat anda. Dan kepada yang sedang mencari cara bagaimana untuk melangsaikan hutang pinjaman perumahan dengan cepat, saya juga mengucapkan tahniah buat anda. Ini kerana anda adalah seorang yang prihatian akan kewangan anda dan tidak suka untuk berhutang begitu lama. Pada kali ini izinkan saya berkongsi HANYA SATU tips yang boleh digunakan untuk selesai bayar loan rumah dengan lebih awal.
Saya pasti, zaman kini, ianya sudah satu kemestian atau kebiasaan untuk mempunyai loan rumah yang di ikat dalam tempoh 10, 20, 30 dan 40 tahun. Kesian kepada individu yang TERPAKSA membayar pinjaman rumah sehingga 30 – 40 tahun lamanya. Ini mungkin disebabkan kekuatan kewangan yang tidak mencukupi, harga rumah yang terlalu mahal dan juga faktor lain. Jadi apakah ada cara yang boleh dilakukan untuk cepat habis bayar loan rumah anda. YA ADA.


hutang ansurans bayar loan rumah cepat habis

Bukti Teknik Bayar Loan Rumah Kaedah Ini Berjaya Cepat Langsai Pinjaman Rumah
Secara umumnya, hutang bayaran pinjaman rumah anda mengkehendaki anda membayar POKOK + INTEREST. Dengan kata lain sebagai contoh, jika anda membayar loan rumah sebanyak RM600 sebulan. Ianya mungkin bermakna anda sedang membayar RM100 (pokok pinjaman) + RM500 (interest). Apa yang anda nampak? Walaupun anda bayar RM600, sebenarnya anda HANYA membayar RM100 sahaja dari hutang pinjaman anda. Yang lebih adalah bayaran interest kepada pihak bank. Atas kesedaran inilah saya ingin berkongsi dengan anda akan teknik bayar loan rumah cara cepat.
Gambar diatas adalah pinjaman rumah RM150K. Tempoh bayaran selama 40 tahun. Bayaran extra RM500 sebulan menggunakan teknik di bawah dapat membuatkan loan rumah berjaya diselesaikan pada tahun ke-15. Jom baca di bawah untuk lebih faham.
  • Soalan 1 – Selalunya apa yang orang akan buat jika mereka ada duit lebih untuk bayar rumah. Katalah bayaran loan rumah anda RM500 sebulan. Di tangan anda ada RM1000. Apa yang anda dan orang ramai akan buat?
  • Jawapan 1 – Kebiasaannya anda dan orang lain pasti akan membuat bayaran terus 2 bulan iaitu RM500 + RM500. Dengan cara ini anda dapat cepatkan tempoh tahun pinjaman. Ini cara biasa yang dilakukan kebanyakkan orang
Cara di atas tiada salahnya. Tetapi ada cara bayar loan rumah yang lebih baik dari apa yang anda lakukan ini. Tips dan teknik ini dikongsikan oleh pihak bank sendiri kepada saya. Caranya adalah begini. Jika bayaran pinjaman rumah anda adalah RM500 sebulan. Jangan bayar RM1000 terus untuk 2 bulan. Apa yang perlu anda buat adalah. Sila bayar ansuran bulanan RM500 macam biasa. Tetapi RM500 yang baki sila bayar POKOK iaitu bayaran yang dibuat untuk bayar hutang pinjaman. Faham atau tidak?
Cepat bayar loan rumah dengan cara 2 kali sebulan (cadangan)
Begini. Anda bayar bulanan anda macam biasa. Duit lebih yang anda ada. Katalah anda ada RM500 dalam tangan. Apa yang perlu anda buat adalah, anda ke kaunter bank. Dan katakan yang RM500 yang anda ada itu mahu anda gunakan untuk membuat bayaran pokok terhadap pinjaman anda. Cara ini akan membuatkan pinjaman rumah anda akan cepat habis bayar.
Bukankah pada awal tadi saya beritahu jika anda bayar RM600 untuk loan rumah anda. Kemungkinan anda bayar adalah RM100 (pokok pinjaman) + RM500 (interest). Jadi pokok pinjaman anda hanya berkurang RM100 sahaja sebab dari RM600 yang anda bayar hanya RM100 sahaja anda bayar pokok.
Jadi bila anda ada duit lebih RM500 lagi. Jangan terus bayar cash. Yang perlu anda buat adalah beritahu kerani kaunter, yang RM500 anda ini adalah untuk bayar pokok. Jika ini yang anda buat, hutang pinjaman pokok anda akan berkurang RM500. Pinjaman pokok anda dengan cara ini akan lebih cepat habis di bayar. Dan sudah tentu tahun pinjaman anda akan berkurang dengan cepat.
MAAF, ini sahaja cara yang boleh dan paling mudah untuk saya sampaikan kepada anda. Harap anda dapat faham teknik bayar loan rumah yang saya cuba sampaikan kepada anda. Jika tidak faham, anda boleh turunkan komen dan saya akan cuba menjawabnya. Siapa yang hendak cepat habis bayar loan rumah. Sila gunakan kaedah ini. Apa apa pun sila tanya pihak bank loan rumah anda jika mereka menerima kaedah ini sebelum anda praktikkan. Selamat berjaya.
 Sumber: http://myrujukan.com/

HANYA DIBEKALKAN RM423 UNTUK KECEMASAN, ANAK BILLIONAIR BERLIAN SAHUT CABARAN. ‘SURVIVE’ DI TEMPAT ASING SELAMA SEBULAN

Mungkin biasa kita lihat cerita-cerita anak orang kaya dipaksa untuk hidup miskin di kaca televisyen. Tapi di India, kisah itu benar-benar berlaku.
Seorang billionair dari Surat, Gujarat, India telah mencabar anaknya menghabiskan masa cutinya bekerja di Kochi kerana dia mahu anaknya itu belajar apa makna hidup sebenar. Pemilik kedai berlian itu adalah pemilik syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai Rs. 6,000 crores (RM 3.6 billion).
Anak tunggalnya, Dravya, 21, merupakan pelajar MBA di Amerika Syarikat dan kini berada di India kerana bercuti. Billionair itu mencabar anaknya untuk menyahut cabaran itu selama sebulan dengan tiga syarat.
1 – Dravya tidak boleh menggunakan nama atau pengaruh ayahnya untuk menyelesaikan sesuatu perkara
2 – Dia tidak boleh bekerja di satu tempat lebih dari satu minggu
3 – Dia hanya dibekalkan dengan Rs. 7,000 (RM 423) yang hanya boleh digunakan untuk kecemasan, dan tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan hariannya.

Dravya
“Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.”, kata Savji Dholakia kepada Times of India menerusi telefon.
Dravya menerima cabaran itu dan dia dihantar ke satu kawasan yang dikenali sebagai Kochi; kawasan yang sangat asing bagi Dravya memandangkan penduduk di Kochi menggunakan bahasa Malayalam dan Dravya menggunakan bahasa Hindi untuk berkomunikasi.
Lebih teruk, Dravya cuma membawa tiga helai pakaian ke Kochi dan juga Rs 7,000 sebagai wang kecemasan.
“Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun  yang kenal saya di sini.
“Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan”, kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.
Dravya mendapat kerja pertamanya di sebuah kilang roti di Cheranelloor. Kemudian dia bekerja di sebuah pusat panggilan telefon, sebuah kedai kasut dan juga McDonalds.
Hasil dari titik peluhnya selama sebulan, Dravya berjaya memperoleh Rs 4,000 (RM242).
“Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal”, kata Dravya yang sudah kembali ke rumahnya pada Selasa.

PERBEZAAN KETARA ANTARA KOREA UTARA DAN KOREA SELATAN

Umum mengetahui bahawa telah berdekad lamanya Republik Rakyat Korea berpisah menjadi Korea Utara dan Korea Selatan. Namun Korea Selatan sejak beberapa dekad lepas telah membangun maju dan menjadi negara dunia pertama, manakala Korea Utara kekal dengan corak pemerintahan komunis masih mundur. Perbezaan ini boleh diperhatikan dalam gambar di bawah.

Mesti anda boleh agak yang mana satu di Korea Selatan bukan? Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
                                                             Jalan di Korea Selatan 

Jalan di Korea Utara

Perhentian bas di Korea Selatan

Perhentian bas di Korea Utara

Wanita yang sedang bekerja di Korea Selatan

Wanita yang sedang bekerja di Korea Utara

Dalam pengangkutan awam di Korea Selatan

Dalam pengangkutan awam di Korea Utara

Pinggir bandar Korea Selatan

Pinggir bandar Korea Utara


Sumber: ViralNova

Gempar .......!!!! seorang wanita beli peti ais terpakai dengan harga RM120 dari jirannya, lepas 3 minggu barulah dia membuka peti tersebut seperti yang dipesan oleh penjual namun setelah melihat isi kandungan peti tersebut amat memeranjatkan.............


1.jpg

Kisah ini bermula apabila wanita tersebut telah membeli peti ais murah dari jirannya,Namun apa yang peliknya ialah , jiran tersebut telah berpesan kepadanya agar tidak membuka peti ais tersebut dalam tempoh 3 minggu kerana ia perlu untuk proses penyejukan kerana peti ais tersebut baru di baiki.

Memang bunyinya agak pelik dan aneh, tapi wanita itu terpaksa akur dengan mengikut permintaan jirannya itu demi untuk kebaikan peti ais tersebut. itu. 

Namu demikian wanita mula rasa sangsi dan curiga, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan peti ais tersebut kerana diberi tempoh masa yang cukup lama untuk penyejukkannya
Maka Perempuan tersebut nekad untuk membukanya dan ia langsung terkejut ketika melihat ada potongan tubuh manusia di dalam peti ais tersebut.

Potongan tubuh manusia itu disyaki milik ibunya. Dia menjual peti ais dengan mayat ibunya di dalam peti tersebut yang sudah membeku, katanya kepada pemberita Tribunnews.com.

Hasil siasatan polis mendapati terdapat potongan anggota tubuh manusia yang lain di rumah jirannya itu. Namun, jirannya sudah dapat menghidu kegiatannya telah terbongkar lalu dia sudah cabut lari lebih awal lagi tanpa dapat di kesan oleh pihak berkuasa.

Para Isteri Selalu ‘Meroyan’ Dengan Suami Disebabkan 15 Perkara Ini… Ubah Sebelum Terlambat!

Walaupun hidup dibawah satu bumbung, belum tentu kita boleh mengenali perangai dan tingkah laku seseorang. Seringkali kita dengar dan lihat para isteri mengeluh perihal suami masing-masing. Mereka hanya ingin difahami, namun tanpa disedari para suami sering melakukan perkara-perkara kecil yang boleh menyakiti hati isteri.

Berikut merupakan perkara-perkara yang harus difahami oleh para suami untuk dipraktikkan dalam rumahtangga. Kongsi pesanan ini dengan mereka yang bergelar suami, mudah-mudahan isteri akan rasa lebih dihargai dan disayangi!

Hargai Isteri Dengan Perbuatan!


Kawal Kelakuan Depan Isteri!


Hati Orang Perempuan Ni Sensitif!