Friday 29 July 2016

Cara Cepat Habis Bayar Loan Rumah Lebih Awal

Salam kepada pembaca. Kepada anda yang telah membeli rumah. Tahniah buat anda. Dan kepada yang sedang mencari cara bagaimana untuk melangsaikan hutang pinjaman perumahan dengan cepat, saya juga mengucapkan tahniah buat anda. Ini kerana anda adalah seorang yang prihatian akan kewangan anda dan tidak suka untuk berhutang begitu lama. Pada kali ini izinkan saya berkongsi HANYA SATU tips yang boleh digunakan untuk selesai bayar loan rumah dengan lebih awal.
Saya pasti, zaman kini, ianya sudah satu kemestian atau kebiasaan untuk mempunyai loan rumah yang di ikat dalam tempoh 10, 20, 30 dan 40 tahun. Kesian kepada individu yang TERPAKSA membayar pinjaman rumah sehingga 30 – 40 tahun lamanya. Ini mungkin disebabkan kekuatan kewangan yang tidak mencukupi, harga rumah yang terlalu mahal dan juga faktor lain. Jadi apakah ada cara yang boleh dilakukan untuk cepat habis bayar loan rumah anda. YA ADA.


hutang ansurans bayar loan rumah cepat habis

Bukti Teknik Bayar Loan Rumah Kaedah Ini Berjaya Cepat Langsai Pinjaman Rumah
Secara umumnya, hutang bayaran pinjaman rumah anda mengkehendaki anda membayar POKOK + INTEREST. Dengan kata lain sebagai contoh, jika anda membayar loan rumah sebanyak RM600 sebulan. Ianya mungkin bermakna anda sedang membayar RM100 (pokok pinjaman) + RM500 (interest). Apa yang anda nampak? Walaupun anda bayar RM600, sebenarnya anda HANYA membayar RM100 sahaja dari hutang pinjaman anda. Yang lebih adalah bayaran interest kepada pihak bank. Atas kesedaran inilah saya ingin berkongsi dengan anda akan teknik bayar loan rumah cara cepat.
Gambar diatas adalah pinjaman rumah RM150K. Tempoh bayaran selama 40 tahun. Bayaran extra RM500 sebulan menggunakan teknik di bawah dapat membuatkan loan rumah berjaya diselesaikan pada tahun ke-15. Jom baca di bawah untuk lebih faham.
  • Soalan 1 – Selalunya apa yang orang akan buat jika mereka ada duit lebih untuk bayar rumah. Katalah bayaran loan rumah anda RM500 sebulan. Di tangan anda ada RM1000. Apa yang anda dan orang ramai akan buat?
  • Jawapan 1 – Kebiasaannya anda dan orang lain pasti akan membuat bayaran terus 2 bulan iaitu RM500 + RM500. Dengan cara ini anda dapat cepatkan tempoh tahun pinjaman. Ini cara biasa yang dilakukan kebanyakkan orang
Cara di atas tiada salahnya. Tetapi ada cara bayar loan rumah yang lebih baik dari apa yang anda lakukan ini. Tips dan teknik ini dikongsikan oleh pihak bank sendiri kepada saya. Caranya adalah begini. Jika bayaran pinjaman rumah anda adalah RM500 sebulan. Jangan bayar RM1000 terus untuk 2 bulan. Apa yang perlu anda buat adalah. Sila bayar ansuran bulanan RM500 macam biasa. Tetapi RM500 yang baki sila bayar POKOK iaitu bayaran yang dibuat untuk bayar hutang pinjaman. Faham atau tidak?
Cepat bayar loan rumah dengan cara 2 kali sebulan (cadangan)
Begini. Anda bayar bulanan anda macam biasa. Duit lebih yang anda ada. Katalah anda ada RM500 dalam tangan. Apa yang perlu anda buat adalah, anda ke kaunter bank. Dan katakan yang RM500 yang anda ada itu mahu anda gunakan untuk membuat bayaran pokok terhadap pinjaman anda. Cara ini akan membuatkan pinjaman rumah anda akan cepat habis bayar.
Bukankah pada awal tadi saya beritahu jika anda bayar RM600 untuk loan rumah anda. Kemungkinan anda bayar adalah RM100 (pokok pinjaman) + RM500 (interest). Jadi pokok pinjaman anda hanya berkurang RM100 sahaja sebab dari RM600 yang anda bayar hanya RM100 sahaja anda bayar pokok.
Jadi bila anda ada duit lebih RM500 lagi. Jangan terus bayar cash. Yang perlu anda buat adalah beritahu kerani kaunter, yang RM500 anda ini adalah untuk bayar pokok. Jika ini yang anda buat, hutang pinjaman pokok anda akan berkurang RM500. Pinjaman pokok anda dengan cara ini akan lebih cepat habis di bayar. Dan sudah tentu tahun pinjaman anda akan berkurang dengan cepat.
MAAF, ini sahaja cara yang boleh dan paling mudah untuk saya sampaikan kepada anda. Harap anda dapat faham teknik bayar loan rumah yang saya cuba sampaikan kepada anda. Jika tidak faham, anda boleh turunkan komen dan saya akan cuba menjawabnya. Siapa yang hendak cepat habis bayar loan rumah. Sila gunakan kaedah ini. Apa apa pun sila tanya pihak bank loan rumah anda jika mereka menerima kaedah ini sebelum anda praktikkan. Selamat berjaya.
 Sumber: http://myrujukan.com/

0 comments:

Post a Comment