Saya pernah berbual dengan seorang usahawan yang kurang menonjol
di hadapan orang awam, tapi menghasilkan jualan jutaan ringgit.
Lebih spesifik, jualan kasar lebih RM1 juta dalam masa 7 bulan.
Platform dia tertumpu pada Facebook Ads dan Google Adwords.
Berikut antara tip dan kesilapan usahawan selalu lakukan bila mula
beriklan di FB Ads.
1) Iklan pertama terus nak dapat sales kaw-kaw.
2) Bila iklan dah keluar kos banyak dan sales tak ada, hidup jadi stres
macam baru lepas kena isytihar bankrap di mahkamah.
3) Fungsi iklan pada fasa permulaan adalah
penerimaan dan pengesahan data.
4) Kita bayar duit kepada Facebook, supaya Facebook bagi kita
data-data yang boleh kita baiki dan tambah baik di masa akan datang.
5) Fasa iklan FB Ads kedua dan seterusnya baru nampak hasil. Itu pun jika
kita dapat dan guna data.
6) Contoh-contoh data daripada Facebook Ads adalah masalah yang
boleh buat pelanggan respon, jantina, umur, tempat tinggal dan
pelbagai lagi.
7) Iklan fasa pertama adalah iklan untuk belajar faham pelanggan dengan lebih
dekat.
8) Sentiasa anggap kita membeli data daripada Facebook setiap kali
memulakan iklan fasa pertama.
"Lepas
guna 6 skrip close sale tanpa hardsell, hasilnya 10 daripada 23 prospek membuat
pembelian lebih RM200 (Nilai jualan sekitar RM2,000+)" - Hasbul Ariff.
Ditulis Oleh: Aqif Azizan | FB: Aqif Azizan
0 comments:
Post a Comment