Friday, 26 August 2016

Nasi Lemak Cik Miah Ni Mmg Sedap Betul, Smpi Tiap2 Pagi Aku.....



NIKMATI HIDANGAN ASLI #cikmiahnasilemak SEJAK TAHUN 1988 SRI RAMPAI,SETAPAK.

PELBAGAI ANEKA LAUK YANG KAMI SEDIAKAN SEPERTI :

AYAM MASAK MERAH
AYAM RENDANG
AYAM GORENG REMPAH
DAGING MASAK HITAM
PARU SAMBAL
SOTONG SAMBAL
TELUR GORENG

Lokasi : Rampai Bazaria Night Market (berhadapan ' oldtown sri rampai ')
Masa   : 7pm - 1am (Isnin tutup)


Support makanan local, 
Pls Like: https://www.facebook.com/cikmiahnasilemak/

Sunday, 21 August 2016

" ... Seorang Kawan Aku Suggestkan Satu Produk Thailand. Dia Ckp, Tu Rahsia Kecantikan Org Thai. Aku Percaya. Aku Pakai. Seminggu Je, Terus Muka Aku... "


Aku ada jerawat batu. Tp 3,4 ketul je. Mslhnya,bila dia baik, kwn dia pulak tumbuh kat sebelah. Baik lagi,jiran dia pulak tumbuh kat sebelah. Sebagai remaja, aku jeles tgk kawan2 kulit licin putih mulus. Ramai peminat. Aku ni sapela nak minat. Dahla hitam,jerawat pulak tu.

Sampaila sorang kawan aku suggestkan satu produk Thailand. Dia ckp, tu rahsia kecantikan org thai. Aku percaya. Aku pakai. Semgu je, terus muka aku hitam belegam, naik jerawat batu penuh satu muka. Aku menyesal sgt! Aku stop pakai dan aku mula sembunyikan diri sbb terlalu malu. Aku jadi pendiam,mudah marah dan over sensitif. 2thn muka aku teruk. Ltk mcm2 produk lgsg xbaik. Makin teruk. 

Ni gmbr cth yg aku amik dari google. Jerawat aku lbh kurang mcmni. Bezanya, aku perempuan dan kulit aku bertukar hitam legam. Mamat ni ok lg sbb kulit dia still cerah. 

Ok smbg blk cite aku..
Sampai aku givap dan tenyeh aloe vera pure dari pokok dia. Alhamdulillah beransur surut lama2. Tp malangnya aku xtahan sbb gatal sgt bila lendir tu kena muka aku. Lpstu aku letak madu+kayumanis. Tapi aku xtahan jgk, sbb hbs sarung bantal aku kotor dan xhilang warna kayumanis kat cadar dan sarung bantal.

Sehinggalah aku terjumpa 1 creme yg ada adunan semua bahan yg aku guna.

Vitaminskin Creme by Dhiyaa'
&
Vitaminskin Soapbar by Dhiyaa'




Aku takut juga nak guna sbnrnya. Tapi sbb owner dia pun dulu mslh dia sama mcm aku,dan da elok, aku pun try. Lagipun xmahal sgt. Krim ni mmg seratus peratus guna bahan alam semulajadi, sama mcm aku pakai:                         
🍍 kayu manis
🍍 madu
🍍 algae aloe vera
🍍 kunyit
🍍 susu                 
        
Dengan kegusaran yg tak hilang lagi, aku try je.

Alhamdulillah, lepas 3bekas krim aku guna, jerawat batu penuh kat,muka aku ni hilang tanpa kesan! Hilang terus pulak tu! Dan yg bestnya, xde satu parut pun tinggal. Aku ikt ckp owner tu, jerawat jgn sekali2 dipicit2.nanti tinggal kesan lopak lekuk yg buruk.

Alhamdulillah sgt2, aku skrg bebas jerawat. Produk ni amik masa sikit sbb dia merawat dari dalam. Tambahan pula,bahan alami mmg amik masa utk heal kan. Semua org tahu tu. Tapi kesannya kekal. Even aku stop sebulan xpakai pun jerawat xnaik semula

Skrg,aku pengguna setia. Walaupun kulit dah bersih, aku masih pakai utk beri vitamin pd kulit aku. sesuai dgn nama produknya,  Vitaminskin

Krim ni xberminyak lgsg mcm krim2 di pasaran. Kalau kita pakai, lepas dia kering tu, rasa mcm xpakai apa2. Sbb dia water based. Dia serap masuk terus dlm kulit.

Kulit berminyak,kulit kering, kulit kombinasi, kulit jerawat, kusam, fine lines, really recommended. Biarkan bahan alami yg treat kulit wajah kita.

Contact akak ni : Zahra 017-673-7236
Harga affordable

Catatan : Berdasarkan kisah benar yg diolah semula oleh pengguna

Jika anda mempunyai produk bagus yg ingin dikongsi dengan orang ramai, kami akan bantu anda utk viralkan kepada masyarakat. Inbox kami di https://www.facebook.com/viral3rasa/    atau emelkan kepada seksyen007@gmail.com. contact kami sekarang utk luaskan market & brand positioning produk anda !

Saturday, 13 August 2016

Sapa yang kaki Fantasy Premier League, Ni TIPS dr kami utk GW1

FANTASY PREMIER LEAGUE GW1 TIPS – THE FINAL FFGEEK TEAM AND SOME LAST MINUTE THOUGHTS

So here’s the team with the lineup.  In the end I took McAuley out for Kone of Sunderland.  Reversing what I did in draft 4.  The whole transfer thing to Everton despite a fee being agreed seems to have slowed a bit and Sunderland have offered a new contract.  Either way although alot of risk in Kone there’s alot of upside if it all went right.  A £4.5m Everton defender if he can get a place is great value and a £4.5m defender in a Moyes team that will be solid is also good.  I have no definite GW3 wildcard thoughts and don’t want to force my thinking down that route.  So although I could have waited to see what happened if I did I don’t want to lose the flexibility.  I did also think about Souare of Palace who seems like he will be fit but although they have good fixtures I’m not sure they have the clean sheet potential there.
So here’s the final team and there’s a few other thoughts after that:

I’ve had alot of wobbling on Fischer.  It gives me 3 new players to the premier league in Ibrahimovic, Gray and Fischer plus a player in Hazard who was a disaster last season.  Add to that the Kone and Amat risk and it feels like a team with some potential to go wrong.  I’ve also read various things about whether Fischer will start or not.  I have toyed with the idea of taking Fischer out and repalcing him with Puncheon or Fischers team mate Ramirez.  Puncheon has the potential for a more advanced role if Bolasie leaves and good fixtures.  Ramirez will probably play more centrally.
I’m sticking with Fischer now but he’s definitely a risk.
That’s it.  So still a couple of FPL articles to squeeze in so stay with it.  Remember to do your team asap to avoid any chance of the FPL site crashing as it did a few years ago.

Thursday, 11 August 2016

Panduan Keselamatan Main Pokemon Go Daripada SKMM



POKEMON Go, sejak diperkenalkan pada Julai, ternyata mengundang kontroversi apabila ada pihak memuji manfaat yang dibawanya, manakala yang lain pula menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pemain.

Ini kerana ramai pemain dilaporkan lalai dan tidak mengendah peraturan seperti bermain sambil memandu, tidak memberikan perhatian kepada keadaan sekeliling dan bermacam-macam lagi kesalahan yang sering dilaporkan.

Perkara ini merisaukan pelbagai pihak, dan sebagai langkah berjaga-jaga, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini telah mengeluarkan garis panduan keselamatan umum untuk bermain Pokemon Go di Malaysia.
______________________________________________________


1.Lindungi maklumat peribadi anda.

Permainan ini mengkehendaki anda untuk mendaftar dan berkongsi maklumat peribadi selain menggunakan lokasi Sistem Kedudukan sejagat (GPS). Pertimbangkan sama ada anda sanggup untuk mendedahkan makliumat peribadi anda, ibu bapa juga seharusnya sedar bahawa data anak-anak mereka diambil ketika bermain Pokemon Go.
______________________________________________________

2.Waspada akan penipuan dalam talian dan luar talian.

Berhati-hati dengan aplikasi mudah-alih yang palsu dan peralatan mencurigakan yang berada dalam talian dan ditawarkan kepada anda. Ini kerana, aplikasi sedemikian mungkin mendedahkan anda kepada ancaman penggodam atau malware.
______________________________________________________

3.Pantau jumlah wang yang anda belanjakan ketika melakukan pembelian melalui aplikasi mudah-alih (mungkin menelan belanja yang tinggi).

Terdapat pembelian yang boleh dibuat melalui aplikasi mudah-alih dan insentif-insentif lain, yang harganya boleh mencecah USD99.99 atau RM429.99 (untuk 14,500 PokeCoin). Justeru, sentiasa sedar apa yang anda belanjakan.
______________________________________________________

4.Sambungan data.

Pokemon Go akan menggunakan GPS dan sambungan data (Wi-Fi atau data mudah-alih, sama ada 3G ataupun 4G) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan sekitar anda, dan ini berkemungkinan menjejaskan kuota data mudah-alih anda.
______________________________________________________

5.Bawa bersama bateri tambahan untuk telefon anda.

Pokemon Go akan memakan banyak bateri telefon anda. Oleh yang demikian, bawalah bersama cas bateri atau sumber kuasa dan bersedia untuk menghubungi anggota keluarga jika berlakunya kecemasan.
______________________________________________________

6.Jangan masuk ke kawasan merbahaya atau kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat (hormati privasi).

Jangan merayau atau memasuki ke kawasan merbahaya dan kawasan-kawasan larangan ataupun tempat-tempat beribadat dalam usaha anda untuk menangkap Pokemon.
______________________________________________________

7.Waspada dengan individu yang ingin berjumpa dengan anda.

Jangan bermain secara bersendirian atau bersetuju untuk bertemu dengan individu yang tidak dikenali ketika bermain permainan tersebut.
______________________________________________________

8.Berhati-hati semasa bermain dan jangan menunggang basikal mahupun motosikal, ataupun memandu kereta ketika menggunakan telefon anda.

Berhati-hati semasa menggunakan telefon anda dan jangan menunggang basikal ataupun motosikal mahupun ketika memandu kereta, termasuk ketika anda bermain Pokemon Go atau menghantar teks pesanan kepada rakan-rakan dan anggota keluarga anda.
______________________________________________________
Mana-mana pihak yang mempunyai kebimbangan mengenai isu keselamatan dan sensitiviti permainan Pokemon Go harus menghubungi pihak yang membangunkan permainan berkenaan di alamat seperti berikut:

Niantic Inc.
Bryant Stret, Suite 220,
San Francisco, CA 94105 Amerika Syarikat
Laman sesawang: NianticLabs

Sumber: SKMM

Dengan RM80 Saja, Kusyen Kereta Anda Jadi Seperti Baru!



DALAM perniagaan, jika perkhidmatan yang dijalankan adalah terbaik, sudah pasti ia akan dihargai, dicari, malah dipromosikan oleh orang ramai di media sosial, mahupun dari mulut ke mulut.




Sesiapa sahaja yang berusaha dengan gigih dan ikhlas menjalankan kerja, maka balasan yang setimpal pasti diperolehnya.

Ini kerana rezeki bagi mereka yang berusaha itu terbuka luas, Allah memandang mulia orang yang berusaha atau bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.
Kisah ini asalnya dikongsikan di pautan Facebook Mufarwa Farid, di mana beliau telah mendapatkan perkhidmatan membersih kusyen keretanya yang agak teruk dan kotor.
Setelah menghubungi seorang lelaki ini yang menjalankan perkhidmatan membersih ruangan dalaman kereta, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati hasil kerja yang diberikan oleh lelaki berkenaan adalah begitu menakjubkan.
Hari itu, aku call seorang brader ini. Dia buat perkhidmatan bersihkan kusyen kereta. Jadi aku pun minta dia datang ke rumah aku di Seremban 2 untuk bersihkan Myvi aku yang sudah berusia 9 tahun ini.
Jam 7:30 pagi, dia sampai di rumah, bersama dengan isterinya. Kemudian, dia mengeluarkan segala vakum dipasang pada suis luar rumah, letak air dalam satu baldi dan kemudian mulakan proses mencuci.
Kau bayangkan, kusyen kereta aku yang warna kuning selama ini, dia buat bersih gila. Ada satu kotor chewing gum di tempat duduk penumpang depan, hilang seperti tiada apa-apa sebelum ini.
Aku masuk kereta pagi tadi macam masuk kereta baru beli dari kedai. Memang mantoplah! Diorang siap vakum lantai kereta sampai hilang dah pasir-pasir di celahan kereta.
Perkhidmatan mantop! Orangnya pun mantop! Brader ini jenis orang yang baik-baik. Tengok janggut pun tahu, jenis orang yang pergi surau dia ini.
Dua jam dia buat kereta aku dah jadi cantik. Tak ada merungut, tak ada pun nak bising-bising complaint kereta aku ini kotor macam haram.
Kos untuk bersihkan kereta Myvi aku ini hanya RM80.00 sahaja. Bagi aku, kos ini sangat berpatutan memandangkan mereka buat kerja sampai 2 jam dan kotoran-kotoran degil memang betul-betul hilang.
Mereka berdua boleh pergi ke kawasan Seremban dan Senawang, Negeri Sembilan. Tempat lain, boleh cuba berbincang dengan dia. Dia akan datang ke rumah kau atau tetapkan perjumpaan di mana-mana asalkan ada plug elektrik dan paip air.
Boleh hubungi brader ini, 017-392 2516, Ferdaus, Tukang Cuci Kusyen Kereta NS untuk tempahan perkhidmatan. 
Sumber MYNEWSHUB.CC

Berita Tergempar: Pesawat Terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu



Kota Kinabalu: Bunyi siren selain asap tebal dan puluhan mayat bergelimpangan di landasan mengejutkan pengunjung Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sejak pagi tadi.
Bagaimanapun, situasi cemas itu cuma latihan besar-besarkan dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi menggambarkan keadaan sebenar pesawat terhempas sebelum usaha menyelamat dilaksanakan.
Pengurus Kanan MAHB KKIA Sunif Naiman berkata, meskipun senario itu hanya sekadar latihan, simulasi berskala penuh itu menunjukkan persediaan lengkap pihaknya bersama agensi berkaitan dalam memainkan peranan ketika menghadapi situasi sebenar.
"Latihan ini membabitkan lebih 800 kakitangan termasuk anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan St John Ambulance Malaysia.
"Seramai 150 sukarelawan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu turut menyertai latihan ini dengan melakonkan watak sebagai mangsa kejadian," katanya ketika sidang media sempena Perlaksanaan Simulasi Skala Pbagi Menghadapi Situasi Pesawat Terhempas di KKIA, dekat sini, hari ini.
Sunif berkata, latihan itu diadakan sebagai langkah bersiap sedia pihaknya ketika menghadapi sebarang kemungkinan selain membabitkan 30 agensi berkaitan.
"Kita juga mendapat penyertaan daripada sukarelawan untuk beraksi sebagai mangsa dalam kejadian ini supaya senarionya kelihatan benar-benar terjadi.
"Latihan ini dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 5 petang di landasan terletak kira-kira satu kilometer dari bangunan terminal," katanya.

LAGI GAMBAR KLIK SINI


Sumber: Harian Metro

Wednesday, 10 August 2016

Sering Nampak Kelibat Dan Muntah Lendir Hijau Bila Diperiksa Doktor Normal Rupa-Rupanya...

post-feature-image
Betapa terkejut wanita ini apabila perubahan diri yang dialami olehnya rupa-rupanya disebabkan oleh perbuatan sihir kawan serumahnya. Jom baca kisah wanita ini yang disantau oleh kawan serumahnya diceritakan oleh pengamal rawatan Islam dipetik dari IIUM Confessions. 

Salam, saya lelaki, pengamal rawatan Islam. Saya sekadar mahu berkongsi tentang apa yang berlaku pada kawan tempat belajar saya dulu. Cukuplah sekadar saya menggelarnya Imah. 

Imah seorang pelajar yang pandai dan rajin. Semua lecturer suka dengan Imah ini. Badan Imah ini gempal sedikit tetapi gempal tidak membuktikan otaknya juga gempal kerana, setiap sem dai selalu mendapat dean list. 

Sem 1 hingga sem 4, Imah ada dalam ranking yang top student jugalah. Tamat sem 4, semua balik cuti sem. Kemudian bila tamatnya cuti sem 4, semua balik ke hostel. 

Selepas dua minggu sesi PnP, Imah masih tidak kelihatan. Saya menganggap Imah mungkin cuti lebih lama. Sehinggalah satu hari itu, Imah masuk ke kelas namun keadaannya amat berbeza. Imah kelihatan kurus dan cengkung. Namun senyumannya saya masih kenal. Dan di waktu itu saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena padanya. 

Satu hari, Imah menghantar mesej kepada saya.

"Boleh tolong check badan Imah tak? Imah rasa ada yang macam tak kena dengan badan ini," pintanya. 

Saya tanya dia rasa macam mana? Saya mahu dia jelaskan lebih terperinci. 

"Bila tiba malam, Imah menjadi takut dan selalu nampak kelibat dalam bilik. Badan rasa lemah dan selalu muntah lendir-lendir hijau," katanya. 

Pada peringkat awal, saya menasihatkannya untuk pergi berjumpa dengan doktor di hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan. 

"Imah dah buat semua itu. Doktor cakap semuanya normal. Pernah juga buat rawatan Islam di kampung, tetapi hasilnya seperti sekarang. Badan Imah kurang dan muka cengkung," jelasnya. 

Kemudian saya berkata pada dia yang saya akan cuba tolong dan ikhtiarkan apa yang patut. Imah lega dan bersetuju. 

Pada hari yang dijanjikan, saya bersama dengan kawan-kawan dan lecturer pergi melawat Imah di rumahnya yang didiami dengan seorang rakan serumah bernama Ina. 

Sewaktu saya melangkah masuk ke bilik Imah, saya terhidu bau sesuatu yang amat kurang menyenangkan. Baunya seperti bangkai. 

"Korang semua ada terhidu bau yang tak menyenangkan?" soal saya pada lecturer dan kawan-kawan. 

Mereka semua mengangguk. Waktu itu saya dah rasa tak sedap hati. Berbekalkan tawakal dalam diri, saya menghadap Imah dan cuba scan badannya. 


Dimulakan dengan lafaz bismillah, saya cuba membaca ayat-ayat ruqyah. Waktu itu badan Imah menggeletar, kemudian bergoyang ke kiri dan ke kanan. Dengan tiba-tiba saja suarah Imah berubah. 

"Bakpe mu kacau aku?!" 

Saya tahu itu bukan suara Imah sebab Imah orang utara. Saya membalas dengan menguatkan lagi bacaan ruqyah menyebabkan Imah menjerit. 

"Panas! Panas! Diamlah kau!!" 

Yang ada pada waktu itu semuanya menjadi diam, sunyi. Masing-masing terkumat kami membaca ayatul kursi. Saya cuba berbicara dengan Imah. 

"Wahai makhluk yang di sebalik tubuh ini, apa mahumu? Keluar kau musuh Allah. Keluar dari tubuh anak Adam ini!" 

Kemudian Imah bersuara. 

"Dia milik aku! Aku benci semua yang dia buat!" katanya. 

"Sama ada kau nak keluar atau aku bakar kau!" kata putus diberikan kepada makhluk itu. 

Saya teruskan bacaan ruqyah, keadaan masih berterusan sehingga beberapa jam. Makhluk dalam badan Imah masih juga kuat melawan. Saya menguatkan lagi ruqyah dan sampai satu tahap, makhluk itu akhirnya mengalah. Imah kemudiannya memuntah serbuk-serbuk kaca, lendir kuning dan rambut. Semua yang ada di situ pada malam itu melafazkan istighfar dan syukur kerana makhluk itu sudah keluar. 

Saya terperasan ada seseorang yang tidak berada di dalam bilik itu, iaitu Ina. 

Keesokannya Imah diberi cuti rehat. Minggu itu berlalu seperti biasa. 

Seminggu sebelum Imah pergi menghadap Illahi, Imah ada menghantar saya mesej kepada saya. 

"Imah tahu siapa yang buat Imah seperti ini. Ina yang buat sebab sewaktu mengemas bilik, Imah terjumpa satu nota yang ada tulisan jampi serapah dan di dalamnya tertera nama Imah.

"Kemudian sebelum kamu semua datang untuk mengubat Imah tempoh hari, Ina ada cakap yang dia mahu keluar. Dia kata dia panas. Paling Imah terkejut ialah Ina ada mengumpul rambut, kuku dan barang peribadi Imah dalam satu bekas. 

"Kenapa dia buat Imah seperti ini? Apa salah Imah? Patutlah sejak akhir-akhir ini Ina macam kurang rapat dengan Imah," katanya. 

"Jangan fitnah dia. Kita tidak tahu perkara sebenar," itu saja yang saya mampu balas. 

Selepas beberapa bulan kemudian, Imah meninggal dunia disebabkan komplikasi di rahim dan buah pinggangnya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Zaman sekarang orang lebih suka cara halus untuk menjatuhkan orang lain. Waspadalah buat perempuan di luar sana. 

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada orang di luar sana supaya lebih berhati-hati. Amalkan surah-surah yang boleh menjauhkan kita dari perbuatan sihir ini. 

Inilah Pekerjaan Jep Sepahtu Sebelum Popular Yang Ramai Tidak Tahu!

post-feature-image
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin dari kumpulan Sepahtu bukanlah asing lagi dalam industri hiburan kita. Malah, Jep merupakan antara pelawak paling popular di Malaysia.

Pada mulanya, Jep ingin menjadi pemain bola sepak selepas menamatkan zaman persekolannya namun ianya gagal. Disebbakan rasa kecewa itu, Jep telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. 

Beliau mula bekerja sebagai pencuci mesin di NSTP ketika usia 18 tahun. Kemudian, Jep mula berpindah ke Air Asia dan bekerja sebagai tukang angkat bagasi dan juga beg selama tiga tahun.

Inilah Pekerjaan Jep Sepahtu Sebelum Popular Yang Ramai Tidak Tahu!


Jep yang merupakan orang Kulai, Johor mencuba nasib dalam program Raja Lawak dan akhirnya dia berjaya menjuarai program tersebut bersama Mamat dan Shuib dalam kumpulan Sepah. 

Sehingga kini, Jep sudah dikenali ramai orang malah lawak spontan beliau memang tidak pernah mengecewakan. Malah kini Jep mula menceburi dalam bidang penyampai radio di Sinar FM.

Inilah Pekerjaan Jep Sepahtu Sebelum Popular Yang Ramai Tidak Tahu!

Apapun, semoga Jep terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya. Tapi benarlah kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya. Sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan.

Inilah Pekerjaan Jep Sepahtu Sebelum Popular Yang Ramai Tidak Tahu!




Tuesday, 9 August 2016

SERIUS! - PAKAR MATEMATIK CABAR AL-QURAN,SETERUSNYA APA YANG BERLAKU SELEPAS ITU SANGAT MENGEJUTKAN!!



Dr Gary Miller (Kini Dr Abdul Ahad) adalah seorang pendakwah yang sangat aktif dan sangat berpengetahuan tentang Alkitab. Lelaki ini terlalu suka matematik, itulah sebabnya dia suka logik. Pada suatu hari, beliau memutuskan untuk membaca al-Quran untuk cuba mencari apa-apa kesilapan yang dia mungkin boleh diambil kesempatan bagi menarik orang Islam memeluk agama Kristian.


Beliau menyangka Al-Quran adalah sebuah buku lama bertulis 14 abad yang lalu, sebuah buku yang bercakap tentang padang pasir dan sebagainya. Apa yang dijumpainya selepas itu amat mengejutkannya dan beliau begitu kagum. Beliau dapati Al-Quran ini mempunyai sesuatu yang tidak ada pada semua kitab lain di dunia ini. Beliau menjangkakan untuk mencari cerita-cerita tentang masa sukar Nabi Muhammad (SAW) hadapi, seperti kematian isterinya Khadijah (RA) atau kematian anak-anak lelaki dan anak-anak perempuannya.

Bagaimanapun, beliau tidak menemui apa-apa seperti itu. Dan apa yang membuatkan beliau lebih keliru adalah bahawa dia menemui satu penuh “surah” (bab) dalam Al-Quran yang dinamakan “Maryam” yang mengandungi banyak berkenaan dengan Maryam yang tidak pernah dijumpai walaupun dalam buku-buku yang ditulis oleh orang Kristian mahupun dalam Al-kitab mereka (bible). Dia tidak menjumpai surah dinamakan sempena “Fatimah” (anak nabi) atau “Aishah” (isteri Rasulullah saw), semoga Allah rahmati kedua-dua mereka.

Beliau juga mendapati bahawa nama Isa (AS) telah disebut dalam Al-Quran 25 kali manakala nama “Muhammad” (saw) hanya disebut sebanyak 4 kali, maka dia menjadi lebih keliru. Dia mula membaca Al-Quran dengan lebih teliti dengan harapan untuk mencari kesilapan tetapi dia terkejut apabila dia membaca ayat yang besar yang merupakan nombor ayat 82 dalam Surah Al-Nisa’a (Wanita) yang bermaksud:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Dan kalaulah Al-Quran itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati di dalamnya banyak perselisihan “.

Dr Miller berkata tentang ayat ini: “Salah satu prinsip saintifik yang terkenal adalah prinsip mencari kesilapan atau mencari kesilapan dalam teori sehingga ia terbukti benar (Ujian Pemalsuan). Apa yang menakjubkan ialah Al-Quran meminta orang Islam dan bukan Islam untuk cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan ia memberitahu mereka bahawa mereka tidak akan mencari mana-mana “.

Beliau juga berkata tentang ayat ini: “Tidak ada penulis di dunia mempunyai keberanian untuk menulis buku dan mengatakan bahawa ia kosong daripada kesilapan, tetapi al-Quran, sebaliknya, memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk cuba untuk mencari satu dan anda tidak akan mencari mana-mana. “

Satu lagi ayat yang Dr Miller ditunjukkan untuk masa yang panjang adalah nombor ayat 30 dalam Surah ‘Al-Anbiya’(Nabi-nabi):

“Adakah orang-orang kafir melihat bahawa langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), sebelum Kami pisahkan antara keduanya? Daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? “

Dia berkata: “Ayat ini adalah betul-betul subjek penyelidikan saintifik yang memenangi Hadiah Noble pada tahun 1973 dan adalah kira-kira teori” Great Explosion “. Menurut teori ini, alam semesta adalah hasil daripada satu letupan yang besar yang membawa kepada pembentukan alam semesta dengan langit dan planet itu.

Dr Miller berkata: “Sekarang kita sampai kepada apa yang menakjubkan tentang Nabi Muhammad (SAW) dan tanggapan tentang syaitan membantunya, Allah berfirman:

“Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dilarang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat. “Al-Quran, Bab 26, Ayat 210-212.

“Apabila engkau hendak membaca Al Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam” Al-Quran, Bab 16, Ayat 98.

Anda lihat? Bolehkah ini menjadi cara syaitan untuk menulis buku? bagaimana dia boleh menulis buku kemudian memberitahu anda untuk meminta Tuhan untuk perlindungan dari syaitan ini sebelum membaca buku itu? Itu adalah ayat-ayat ajaib dalam buku ajaib ini! dan mempunyai jawapan yang logik untuk orang-orang yang menganggap bahawa itu dari syaitan “.

Dan di antara cerita-cerita yang kagum Dr Miller adalah kisah Nabi (SAW) dengan Abu Lahab. Dr Miller berkata: “Orang ini (Abu Lahab) yang begitu teruk membenci Islam sehinggakan dia akan pergi selepas Nabi di mana sahaja dia pergi untuk mengaibkan Nabi Muhammad SAW. Jika dia melihat Nabi bercakap dengan orang yang tidak dikenali, dia akan menunggu sehingga dia selesai dan kemudian bertanya kepada mereka: Apa yang Muhammad memberitahu anda? Jika beliau berkata ia putih maka ia pada hakikatnya hitam dan jika beliau berkata ia adalah malam maka ia adalah hari. Dia bertujuan untuk memalsukan semua apa yang Nabi kata dan untuk membuat orang curiga mengenainya. Dan 10 tahun sebelum kematian Abu Lahab, sebuah surah telah diilhamkan kepada Nabi, yang dinamakan “Al-Masad”.

Surah ini menceritakan bahawa Abu Lahab akan masuk neraka, dalam erti kata lain, ia mengatakan bahawa Abu Lahab tidak akan memeluk agama Islam. Selama 10 tahun, Abu Lahab boleh berkata: “Muhammad mengatakan bahawa saya tidak akan menjadi seorang Muslim dan saya akan pergi ke neraka, tetapi saya memberitahu anda sekarang bahawa saya mahu menukar kepada Islam dan menjadi seorang Muslim. Apa yang anda fikir mengenai Muhammad ini? Adakah dia mengatakan kebenaran atau tidak? Adakah inspirasinya datang dari Allah? “. Tetapi Abu Lahab tidak berbuat demikian walaupun dia mengingkari Nabi di dalam semua perkara, tetapi tidak dalam satu ini. Dalam erti kata lain, ia seolah-olah nabi (SAW) itu memberikan Abu Lahab peluang untuk membuktikan dia salah! Tetapi dia tidak berbuat demikian selama 10 tahun penuh! dia tidak memeluk agama Islam dan tidak juga berpura-pura menjadi seorang Muslim !! Sepanjang 10 tahun, dia mempunyai peluang untuk menghancurkan Islam dalam satu minit! Tetapi ini tidak berlaku kerana itu bukanlah kata-kata Muhammad (SAW), tetapi kata-kata Allah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan tahu bahawa Abu Lahab tidak akan menjadi seorang Muslim.

Bagaimana Nabi (SAW) boleh mengetahui bahawa Abu Lahab akan membuktikan apa yang dikatakan dalam Surah jika ini tidak inspirasi daripada Allah? Bagaimana dia boleh yakin sepanjang 10 tahun penuh bahawa apa yang di dalamnya (Al-Quran) adalah benar jika dia tidak tahu bahawa itu inspirasi daripada Allah ?? Bagi seseorang untuk mengambil apa-apa cabaran berisiko, ini hanya mempunyai satu maksud: bahawa ini adalah inspirasi daripada Tuhan.

“Binasalah kedua tangan Lahab (Abu Lahab)! binasalah dia Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan Dibakar tidak lama lagi dia akan masuk ke dalam api yang menjulang-julang daripada api neraka! Isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api; Sebagai bahan api! Satu tali yang dipintal-daun bulat (sendiri) lehernya! “Al-Quran, Bab 111.

Dr Miller berkata tentang ayat yang kagum kepadanya: Salah satu keajaiban dalam Al-Quran itu mencabar masa depan dengan perkara-perkara yang manusia tidak boleh meramalkan dan yang terpakai yang “Pemalsuan Ujian”, ujian ini terdiri daripada mencari kesilapan sehingga perkara yang sedang diuji terbukti betul. Sebagai contoh, mari kita lihat apa yang Al-Quran kata mengenai hubungan antara orang Islam dan Yahudi. Al-Quran mengatakan bahawa orang Yahudi adalah musuh utama bagi umat Islam dan ini adalah benar sehingga kini sebagai musuh utama umat Islam adalah orang-orang Yahudi.

Dr Miller meneruskan: Ini dianggap satu cabaran yang besar kerana orang-orang Yahudi mempunyai peluang untuk merosakkan Islam hanya dengan melayan umat Islam dengan cara yang mesra untuk beberapa tahun dan kemudian berkata: di sini kita merawat anda sebagai kawan dan Al-Quran mengatakan bahawa kita adalah musuh-musuh anda, Al-Quran mesti salah tu! Tetapi ini tidak berlaku dalam 1400 tahun !! dan ia tidak akan berlaku kerana mereka adalah kata-kata Dia yang mengetahui perkara yang ghaib (Allah) dan bukan kata-kata manusia.

Dr Miller meneruskan: Bolehkah anda melihat bagaimana ayat yang bercakap tentang permusuhan antara orang Islam dan orang-orang Yahudi merupakan satu cabaran kepada minda manusia?

“Paling Kukuh di antara manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman sekali-kali akan kamu dapati orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik; dan terdekat di antara mereka cinta kepada orang yang beriman sekali-kali akan engkau mencari orang-orang yang mengatakan, “Kami adalah orang Kristian”: kerana di kalangan mereka adalah orang yang dikhaskan untuk pembelajaran dan lelaki yang telah menolak dunia, dan mereka pula tidak berlaku sombong. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata, kerana mereka mengakui kebenaran: mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami Kami percaya; suratkanlah kami berserta orang saksi” Al-Quran, Bab 5, ayat-ayat 82-84.

Ayat ini juga dengan Dr Miller kerana dia merupakan seorang Kristian tetapi apabila dia tahu kebenaran, dia beriman dan memeluk agama Islam dan menjadi seorang bentara. Semoga Allah menyokongnya.

Dr Miller berkata tentang gaya unik al-Quran yang dia mendapati yang indah: Tidak syak lagi ada sesuatu yang unik dan luar biasa dalam Al-Quran yang tidak hadir mana-mana sahaja, kerana al-Quran memberikan anda maklumat khusus dan memberitahu anda bahawa anda tidak tahu sebelum ini. Sebagai contoh:

“Ini adalah sebahagian dari berita-berita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad!) Oleh wahyu engkau tidak ada pada mereka ketika mereka melemparkan anak-anak panah, untuk yang mana satu mereka yang akan dengan penjagaan Maryam : tidak pula bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara) “Al-Quran, Bab 3, Ayat 44.

“Itu adalah dari cerita-cerita yang ghaib, yang Kami turunkan kepadamu: sebelum ini, tiada kamu kaummu mengenali mereka. Maka bersabarlah; sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa “Al-Quran, Bab 11, Ayat 49.

“Yang demikian itu adalah salah satu daripada cerita-cerita yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu: tidak pula engkau (hadir) bersama mereka apabila mereka bersepadu rancangan mereka bersama-sama dalam proses menenun plot mereka” The Holy Quran, Bab 12 , Ayat 102.

Dr Miller meneruskan: “Tidak ada kitab suci lain menggunakan gaya ini, semua buku-buku yang lain terdiri daripada maklumat yang memberitahu anda di mana maklumat ini datang. Sebagai contoh, apabila rundingan Holy Bible mengenai cerita-cerita dari bangsa-bangsa purba, ia memberitahu anda bahawa raja ini tinggal di tempat ini dan seorang pemimpin yang berjuang dalam peperangan itu, dan bahawa orang tertentu mempunyai beberapa kanak-kanak dan nama-nama mereka adalah. Tetapi buku ini (Bible) sentiasa memberitahu anda bahawa jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh membaca buku tertentu kerana maklumat itu datang dari buku itu “.

Dr Garry Miller meneruskan: “Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran yang memberi anda maklumat dan memberitahu anda bahawa itu baru !! Dan apa yang menakjubkan adalah bahawa orang-orang Mekah pada masa itu (masa inspirasi daripada ayat-ayat) yang digunakan untuk mendengar ayat-ayat dan cabaran bahawa maklumat dalam ayat-ayat adalah baru dan tidak diketahui oleh Muhammad (SAW) atau oleh orang-orang di masa itu, dan walaupun demikian, mereka tidak pernah berkata: Kita tahu ini dan ia bukanlah sesuatu yang baru, dan mereka tidak mengatakan: Kita tahu di mana Muhammad datang dari dengan ayat-ayat. Ini tidak pernah berlaku, tetapi apa yang berlaku adalah bahawa tiada siapa yang berani untuk mengatakan bahawa dia telah berbohong kepada mereka kerana mereka benar-benar adalah maklumat baru, tidak datang dari minda manusia tetapi dari Allah yang mengetahui yang ghaib pada masa lalu, masa kini dan masa depan.”